Sunday, September 16, 2018

~ SOSOK DARI SEJARAH LALU ~


ENTAH kenapa dunia sering menjadi kecil untuk aku pada ketika-ketika yang tidak aku inginkan. Dan yaa, hari ini aku sekali lagi berdepan babak yang tidak pernah aku hajatkan. Berdepan dengan sosok dari sejarah lalu.

Petang tadi, aku dan dia larut pada satu ruang yang sama tanpa menyedari kami pernah ada dalam sekalian babak hari-hari lalu. Sehinggalah salah seorang kakitangan hotel memanggil namanya dan aku turut mengangkat kepala kerana nama yang disebut lengkap itu begitu dekat denganku pada suatu ketika dahulu.

Dunia sebesar ini dan sehiruk pikuk ini, tetap mahu menemukan. Meski pada waktu ini, aku berada di lokasi luar dan terjauh dari sebarang kebarangkalian untuk babak-babak sebegini. Namun, ia sedang langsung yaa saat ini.

...................................................

Aku memutuskan untuk berpindah hotel penginapan, meski hotel yang dikunjungi ini telah ditempah sehingga Selasa. Tanpa sedikit minitpun tertangguh, aku tegar dan keras. Yaa, sedikit ego dan berkepentingan sendiri kerana keputusan yang dibuat itu langsung tidak merujuk kepada teman yang sama aku.

Yang benar, aku tidak langsung sempat fikir kepada itu. Cuma selepasnya, aku memang berfikir jujur untuk membuat jelas dengannya.

Lalu pembayarannya tetap perlu dibayar penuh, meski aku hanya sempat sehari di hotel ini. Dan perlu membayar harga yang lain untuk hotel baharu yang ditempah pada saat segera. Ya, pada harga yang berganda.

Lari.

Sesuatu yang tidak pernah aku mampu ubah, lari. Lari dari mendepani soal-soal yang tidak mampu aku hadap.

Lalu saat hari ini, aku sedang di bilik yang mengadap laut lepas penuh gelombang. Kesayup, antara keras dan damai yang bersatu di tengahnya. Tanpa bahan baca, tanpa telefon bimbit. Tanpa apa-apa, kecuali cahaya bulan yang bersimbah laut.

Terjauh hiruk pikuk kota.

[Hutang penjelasan maseh di-tuntut]

Saturday, September 15, 2018

~ MENGASIHANI ~

TERIMA kasih ada perlindungan rezekinya. Barangkali jika dia Dia membenarkan tindakan itu, hari ini pasti sahaja aku dalam segala kekalutan membuat segala urus perlu pada sebuah ceriya kehilangan.

Lewat petang tadi saat ralit merakam indah seni kota yang tersergam indah, aku didekat stranger yang punya niat tidak baik atas kesempitan yang dilaluinya, barangkali.

Beg yang kelek aku di toreh senyap sang pelaku dengan penuh jaya. Membuka ruang yang cukup besar untuk meluruhkan segala isi dalamnya secara senyap tanpa sedikit sedar.

Namun aku terasa seprti di lindungi, apabila kekal ada di dalamnya meski sudah hampir keciciran. Tersangkut pada bahagian dalamnya dengan begitu kemas. Segalanya yang penting ada di dalamnya, selain wang dan telefon bimbit.

Syukur dan terima kasih kerana mengasihani seorang aku. 

[Maseh..]

Thursday, September 06, 2018

~ INGATAN ~


AKU menghadiri sebuah majlis apresiasi yang dianjurkan seorang kenalan bagi meraikan kejayaan pasukan mereka menggunguli bidang mereka.

Hadir sebagai menyatakan sokongan, malah rasa bangga di atas pencapaian di luar jangkaan yang mereka raih ini.

Satu demi satu nama diumum dan dijemput ke pentas untuk menerima sedikit imbuhan sebagai penghargaan di atas kerja keras mereka dalam menjayakan projek tersebut.

Namun tumpuku mula terbagi keras saat nama Mr Lego juga disebut sebagai salah seorang penerima, meski arwah sudah pergi hampir tiga tahun. Barangkali ada sumbangan tersembunyinya untuk projek ini.

Terlihat kelibat seorang wanita mewakili namanya di pentas. Berjalan tenang sambil menyeka air matanya saat tepat tiba di pentas yang penuh tumpu.

Owhh. inilah wanita yang beberapa kali cuba menghubungi dan meminta aku bertemua mata dengannya pada hari-hari awal arwah pergi. Katanya, banyak perkara yang ingin ditanyakan, banyak cerita juga yang ingin dikongsikan.

Namun sehingga hari ini, pertemuan itu tidak pernah berlaku. Malah dia juga tidak pernah mengenali aku pada realitinya, melainkan sebaris nama milik aku. Dan, kerana aku memilih begitu.

Beberapa kali kami berselisih bahu, namun tiada kekuatan untuk aku menyapanya. Aku hanya mencuri-curi pandang melihat dia dari meja sebelah. Dari mula dia menuruni pentas, sehingga majlis berakhir dan hilang kelibatnya.

ALFATIHAH MR LEGOMAN

[Rindu ber-cherita di-bukit monyet]    

Wednesday, September 05, 2018

~ TERPALING LARUT ~


MENIKMATI seni. Larut senyap di dalamnya umpama terapi terpaling sendik untuk segala simpul seratus. Beberapa kai berukang-alik ke istana untuk itu.

Aku bukan orang seni. Malah tidak punya kecenderungan bakat atau kelebihan untuk segala satu yang dinaungi seni itu. Cuma aku sentiasa punya rasa senang untuk menikmati soal-soal perihal seni.

Sesesuatu yang tidak mampu ditidakkan, aku sangat percaya ia mengalir dari ayah. Ayah itu manusia seni, yang halus mulus jiwanya. Namun kasar dan keras pada bahasa dan perlakuannya. Pertentangan yang sangat seni  barangkali.

Antara anak ayah, barangkali hanya aku. Atau tiada barangkali, memang cuma hanya aku yang punya kecenderungan untuk menikmati dan menghargai seni ayah.

Dan, selamat juga hari ini aku terlarut dalam indahnya seni. Terapi yang cukup mulus lagi menyenangkan. Hanyut.

Kerana apa aku membicara seni saat ini? Yaa, kerana aku tidak dalam senang-senang.

[Cherita yang larot..] 

Tuesday, September 04, 2018

Monday, September 03, 2018

~ HUKUMAN SEBAT PASANGAN LESBIAN, BERSETUJU DAN TIDAK BERSETUJU ~



BERSETUJU dan tidak bersetuju. Bersetuju dan menyokong penuh dengan penguatkuasaan undang-undang bagi pesalah syariah yang diambil kerajaan negeri Terengganu. Semoga menjadi contoh kepada negeri-negeri lainnya.

Tidak bersetuju, sekiranya hanya golongan tertentu sahaja yang dikenakan hukuman tegas seumpama ini, sedangkan yang lain, terkecuali. Undang-undang harus terpakai kepada semua.

Mudah-mudahan apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat semua kita. Hidayah itu milik ALLAH. 



Lesbian menangis ketika jalani hukum sebat

KUALA TERENGGANU: Kelibat seorang pegawai penjara wanita berbadan besar dan tegap memegang rotan di tangan kanan mengundang debar pada mereka yang datang menyaksikan pelaksanaan hukuman ke atas dua wanita yang didapati bersalah melakukan hubungan sejenis.

Hukuman itu yang dijalankan di bilik mahkamah Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini, hari ini adalah yang pertama kali berlaku di negara ini membabitkan kesalahan seumpamanya dan disaksikan oleh lebih 100 orang termasuk pengamal media, keluarga dan peguam syarie.

Namun apabila hukuman telah dijalankan, barulah mereka yang hadir sedar bahawa benarlah kata-kata Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail ketika di awal prosiding bahawa hukuman itu adalah berbentuk pengajaran dan bukannya untuk mencederakan.

Tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku, malah ketika rotan hinggap di tubuh badan tertuduh, tiada jeritan kedengaran kerana pegawai penjara itu masih perlu mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu menggunakan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala tertuduh.

Tertuduh pertama berusia 32 tahun itu dilihat mengalirkan air mata selepas hukuman rotan enam kali itu selesai tetapi tertuduh kedua (22 tahun) sebak seketika apabila menerima sebatan ketiga dan terpaksa dihentikan seketika sebelum menyambung tiga sebatan seterusnya.

Dua wanita itu dihukum sebat enam kali hari ini kerana cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Squre, Dungun, 1.50 tengah hari pada 8 April lalu.

Selain itu, kedua-duanya turut didenda RM3,300 atau empat bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.


Dua wanita yang dijatuhi hukuman sebat atas kesalahan cuba melakukan hubungan sejenis hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu bagi menjalani hukuman hari ini. - Foto Ghazali Kori
Kedua-dua tertuduh diberi peluang untuk membuat rayuan ke atas hukuman sebat itu dalam tempoh 14 hari namun tidak berbuat demikian sehinggalah tempoh tamat.

Beberapa pihak turut terlibat dalam pelaksanaan hukuman itu, iaitu pegawai perubatan, pegawai penjara dan juga kakitangan mahkamah.

Selepas Hakim Syarie memberi kebenaran pelaksanaan hukuman, pegawai penjara memanggil nama tertuduh dan kemudiannya tertuduh di bawa ke hadapan pegawai penjara untuk mengesahkan identiti mereka seperti dalam rekod.

Pegawai penjara juga bertanya kepada kedua-dua tertuduh, yang berbaju kurung dan bertudung putih, sama ada mereka ingin mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.


Pengamal media dan orang ramai menunggu untuk memasuki dewan bicara untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman sebat ke atas dua wanita yang melakukan hubungan sejenis di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu. - Foto Ghazali Kori
Selepas pegawai perubatan mengesahkan tahap kesihatan tertuduh dan tertuduh bersedia menerima hukuman sebat, tertuduh dibawa ke satu sudut bilik mahkamah dengan duduk di atas kerusi membelakangi mereka yang berada di galeri awam.

Muka tertuduh dipusing ke bahagian kanan manakala pegawai penjara yang melaksanakan hukuman berdiri di sebelah kiri.

Hukuman rotan bagi kedua-dua tertuduh bermula 10.10 pagi dan secara berturut-turut dalam tempoh tidak sampai 3 minit setiap seorang.



Kronologi Hukuman Sebat Pasangan Lesbian

8.30 pagi - Kedua-dua pesalah wanita berusia 22 dan 32 tahun berkenaan hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu secara berasingan sambil ditemani ahli keluarga dan rakan-rakan.

8.45 pagi - Mereka diarahkan menukar pakaian dengan mengenakan baju kurung dan tudung serba putih yang disediakan oleh Jabatan Penjara Malaysia.

9 pagi - Wakil NGO, Persatuan Peguam, Persatuan Peguam Syarie, Wakil media mula berkumpul di Tingkat 4 Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.

9.30 pagi - Kira-kira 100 orang wakil NGO, persatuan peguam, persatuan peguam syarie, ahli keluarga dan wakil media dibenarkan memenuhi Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu bagi menyaksikan pelaksanaan hukuman sebat terhadap pesalah.

9.55 pagi - Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd; Hakim Kanan Syarie Terengganu, Rosdi Harun dan Hakim Syarie Terengganu, Kamalruazmi Ismail masuk ke kamar untuk memulakan pelaksanaan hukuman.

10 pagi - Hakum Syarie Terengganu, Kamalruazmi Ismail memberikan kata-kata pendahuluan terhadap kes sebelum pelaksanaan hukuman dijalankan.

10.05 pagi - Pesalah pertama berusia 32 tahun dipanggil masuk ke dewan dengan diiringi pegawai wanita penjara yang berpenutup muka sebelum pegawai perubatan mengesahkan tahap kesihatan pesalah yang layak untuk menjalani hukuman.

10.08 pagi - Tukang sebat wanita pertama dari Penjara Wanita Kajang dipanggil masuk ke dewan sebelum pegawai pengiring mengarahkan pesalah duduk di atas kerusi yang disediakan dan menyinsingkan tudung pesalah ke paras bahu dengan membelakangkan pemerhati.

10.10 pagi - Hukuman sebatan sebanyak enam kali dilaksanakan terhadap pesalah.

10.11 pagi - Hukuman sebatan selesai dilaksanakan terhadap pesalah.

10.15 pagi - Pesalah kedua dipanggil masuk ke dewan dengan menjalani prosedur sama seperti pesalah pertama.

10.16 pagi - Hukuman sebatan sebanyak enam kali dilaksanakan oleh tukang sebat kedua dari Penjara Wanita Kajang.

10.17 pagi - Hukuman sebatan selesai dilaksanakan terhadap pesalah.

10.18 pagi - Mahkamah ditangguhkan dan orang ramai mula beredar dari Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.


[kredit berita: BERNAMA]

Sunday, September 02, 2018

~ EINSTEIN - HIS LIFE AND UNIVERSE ~









 Einstein - His Life and Universe

 KARYA: Walter Isaacson
 TERBITAN: Simon & Schuster Paperbacks
 CETAKAN: Pertama (April 2017)
 HALAMAN: 675
HARGA: RM52.90

Saturday, September 01, 2018

~ TEMBUNG DI PEKAT MALAM ~


SUDAH jatuh ditimpa tangga. Terlibat dalam kemalangan saat pulang dari istana. Mungkin kerana cuai diri. Atau barangkali September memang sudah tertulisnya begitu.

Mujur aku dan mereka terlibat baik-baik sahaja. Namun, berurusanlah kami di pekat malam langit hitam.

Pulang ke rumah. Dan, aku mahu menulis... menulis sehingga pagi.

[Sehingga pagi]