Wednesday, June 06, 2018

~ RAMADAN DUA PULUH SATU ~


DISEBABKAN sudah beberapa hari tidak punya kesempatan untuk bertemu muka, hari ini aku dan kakak menghabiskan masa lebih satu jam di telefon bimbit untuk berbincang tentang persiapan Aidilfiti.

Yaa, walaupun tinggal serumah namun kami tidak sempat bertemu muka kerana rutin beza dan sering berselisih waktu sepanjang hari.

Dan, selepas perbincangan yang berlangsung dalam keadaan acuh tak acuh itu, barulah aku tersedar masih belum membuat sebarang persiapan raya melainkan dua pasang kurung Pahang tanpa corak. Itupun yang ditempah kakak kurang lebih dua bulan lalu.

Keperluan ibu langsung satupun belum disediakan, untuk diri sendiri apatah lagi.

Memang sebelum ini pun, aku bukanlah seorang yang begitu beriya dengan persiapan setiap kali menyambut raya. Sebaliknya sederhana dengan menumpu yang perlu adanya sahaja.

Namun kali ini, bukan soal berlebih atau besederhana, tetapi langsung tidak mempunyai sebarang persiapan. Yaa, tiada apa pun kerana tidak tersedar Ramadan hanya berbaki sembilan. Sudah di hujungnya.

Apa barangkali, kerana Raya hari ini telah ditawar perasaannya...

[Sehingga ke Ramadan dua puluh dua]

No comments: