Saturday, June 30, 2018

~ LUKA YANG KAU TINGGAL SENJA TADI ~






Luka Yang Kau Tinggal Senja Tadi

 KARYA: Susan Arisanti
 TERBITAN: Pastel Books
 CETAKAN: Pertama (Ogos 2017)
 HALAMAN: 335

Thursday, June 28, 2018

~ SELAMAT HARI ULANG TAHUN, CANCER ~


DUA puluh lapan enam. Selamat hari ulang tahun melihat dunia buat si tsunami. Sahabat bertarik rambut yang sering sahaja menguji kesabaran, mencabar kewarasan dan mengapikan kemarahan.

Dan, yaa.. lebih panjang waktu berseteru, daripada berbaikan. 

Namun, meski berumpama anjing dan kucing sehingga ke hari ini, babak perseteruan yang selalu itu tidak pernah sasar  membawa ke benci walaupun sekali. Bahkan doa yang baik-baik untuk kamu itu tidak pernah lepas meski dalam dengus-dengus amarah.

Kerana baik buruknya kamu itu, tetap sahabat yang aku punya.

Untuk kamu wahai si tsunami.. semoga Allah sentiasa menyayangi dan melindungi kamu. Mudah-mudahan, kamu juga mampu melakukan hal yang sama kepada mereka yang ada dalam hidup kamu meski untuk apa sekalipun peranannya.

Amin.

[Selamat hari ulang tahun]

Saturday, June 09, 2018

~ RAMADAN DUA PULUH EMPAT: NEGERI DI HUJUNG TANDUK ~






Negeri Di Hujung Tanduk

KARYA: Tere Liye
TERBITAN: PT Gramedia Pustaka Utama
CETAKAN: Ke-11 (Ogos 2016), Ke-12 (Disember 2016), Ke-13 (Mac 2017) & Ke-14 (Mei 2017)
HALAMAN: 359

[Sehingga ke Ramadan dua puloh lima]

Friday, June 08, 2018

~ RAMADAN DUA PULUH TIGA ~


DARI Ramadan satu janji ditutur untuk berbuka puasa bersama-sama seorang sahabat ini, namun hanya hari ini terbagi kesempatan.

Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya janji tidak terlelong, pada Ramadan yang entah masih ada, entahkan tidak untuk tahun akan datang.

Soal-soal kecil, yang memberi rasa yang besar.

[Sehingga ke Ramadan dua puloh empat]

Thursday, June 07, 2018

~ RAMADAN DUA PULUH DUA ~


BERBAKI lapan. Dan, bagaimana yang lapan itu? Seraya mata dipejamkan dan tenggelam timbul antara dunia nyata dan tidak.

[Sehingga ke Ramadan dua puluh tiga]

Wednesday, June 06, 2018

~ RAMADAN DUA PULUH SATU ~


DISEBABKAN sudah beberapa hari tidak punya kesempatan untuk bertemu muka, hari ini aku dan kakak menghabiskan masa lebih satu jam di telefon bimbit untuk berbincang tentang persiapan Aidilfiti.

Yaa, walaupun tinggal serumah namun kami tidak sempat bertemu muka kerana rutin beza dan sering berselisih waktu sepanjang hari.

Dan, selepas perbincangan yang berlangsung dalam keadaan acuh tak acuh itu, barulah aku tersedar masih belum membuat sebarang persiapan raya melainkan dua pasang kurung Pahang tanpa corak. Itupun yang ditempah kakak kurang lebih dua bulan lalu.

Keperluan ibu langsung satupun belum disediakan, untuk diri sendiri apatah lagi.

Memang sebelum ini pun, aku bukanlah seorang yang begitu beriya dengan persiapan setiap kali menyambut raya. Sebaliknya sederhana dengan menumpu yang perlu adanya sahaja.

Namun kali ini, bukan soal berlebih atau besederhana, tetapi langsung tidak mempunyai sebarang persiapan. Yaa, tiada apa pun kerana tidak tersedar Ramadan hanya berbaki sembilan. Sudah di hujungnya.

Apa barangkali, kerana Raya hari ini telah ditawar perasaannya...

[Sehingga ke Ramadan dua puluh dua]

Tuesday, June 05, 2018

~ RAMADAN DUA PULUH ~


RAMADAN memang sentiasa menemukan. Dan, hari ini sekali lagi tersua rakan lama. Lama tidak berhubungan cerita. Dunia kecil yang kini lagaknya seperti sudah terjarak jutaan batu merentasi planet di hujung galaksi.

Dan, rakan lama ini sebenarnya pernah merangkap 'guru' pada awal dunia penulisanku. Secara langsung dan tidak langsungnya dia.

Hitam putih hitam putih hitam putih, dan masih juga dengan hitam putihnya sehingga saat ini. Apapun, terima kasih atas pelajarannya. 

"June tak ikut ke?"
"Kenapa pulak dia nak kena ikut saya.. "
"Gaduhlah tu.. Rasa macam nak sekeh jugak kepala sorang-sorang.. xde keje lain korang kan!

Sudah ada kerajaan baru, Malaysia baru. Dan, Ramadan juga sudah berbaki sepuluh.

[Sehingga ke Ramadan dua puluh satu..]

Monday, June 04, 2018

~ RAMADAN SEMBILAN BELAS ~


CUTI setelah sederet tujuh hari terhambat dengan urus perkerjaan yang punya tarikh mati. Meletak lena pada tenang yang tidak terbagi-bagi.

Pada petangnya atas kesempatan yang terbagi, aku menyertai aunty phia untuk membantunya melancaran acara meraikan anak-anak yatim dan asnaf di kediamannya. Acara yang tidak pernah tertinggalkan ibu ini saban tahun. Moga Allah merahmatimu dan melebarkan rezekimu wahai ibu.

Alhamdulillah. Semoga apa yang dihulur bantu dapat memberi memberi manfaat seadanya. 

Terharu dengan doa-doa yang ditadahkan anak-anak kecil ini untuk kesejahteraan kami. Dan, si kecil yang namanya Adiff, sangat mencuri perhati. Dari awal sehingga ke akhirnya acara. Wahai anak,  semoga besarmu menjadi manusia yang memberi manfaat kepada seluruhnya. Aminn. 

[Sehingga ke Ramadan dua puluh ]

Sunday, June 03, 2018

~ RAMADAN LAPAN BELAS: CAHAYA DI PENJURU HATI ~






Cahaya Di Penjuru Hati

KARYA: Alberthiene Endah
 TERBITAN: CV Andu Offset
 CETAKAN: Pertama (2017)
 HALAMAN: 438


[Sehingga ke Ramadan sembilan belas]

Saturday, June 02, 2018

~ RAMADAN TUJUH BELAS ~


ALHAMDULILLAH disempatkan Tuhan bertemu Ramadan tujuh belas. Salam Nuzul Al-Quran buat semua. Semoga indahnya termiliki semua kita. Amin.

[Sehingga ke Ramadan lapan belas]

Friday, June 01, 2018

~ RAMADAN ENAM BELAS ~


RAMADAN, McDonald dan June. Hal-hal yang seperti masih ada. Cerita hari ini yang membawa kepada itu tanpa sengaja.

Pernah dan sering kali juga tertanya. Apa agaknya yang difikir dia...

Yaaa... hari ini sudah 1 June.. Ceritera June dan segala satunya.

[Sehingga Ramadan tujuh belas ]