Friday, May 25, 2018

~ RAMADAN SEMBILAN ~


TERKEJUT bila tiba-tiba mendapati tarikh mati cukai jalan di unta hitam hanya berselang hari. Langsung tidak aku sedari sehinggalah kelmarin saat menghabiskan masa dengan banyak pada setiap harinya dalam tempoh Ramadan sudah ke sembilan ini.

Betapa hidup tidak berhala tuju semenjak hari-hari terkebelakang ini.

Selalunya urusan ini mudah dengan hulur-hulur tangan yang sentiasa ada. Namun kali ini perlu dilakukan sendiri. Terlalu singkat waktu untuk diharap-harap.

Dan,  aku menguruskan sendiri awal pagi ini.

Lalu...
Melangkah ke tempat yang salah.
Menyua  maklumat  yang tidak lengkap
Membuat perkiraan yang gagal.

Justeru terpaksalah aku membuat singgah ke beberapa tempat yang disebutkan untuk membuat urus yang bertingkat-tingkat. Usai perjalanan yang panjang itu, tiba-tiba aku diberitahu sebenarnya ada jalan yang lebih mudah untuk segala satu urusan itu. Yaa.. setelah aku turun naik ruang demi ruang.

Haih.

"Cik bla.. bla.. bla... blaa.. blaaaaa.. blaa"
"Takpe2.. Awak buat jerlah cemana yang orang lain buat.
"Kereta cik ni begitu begini begitu begini...?"
"Err... Cemana ni, saya tak tahulah.."

Dan aku telah menyusahkan orang lain untuk hal-hal yang terpaling remeh. Terlalu selalu. 

[Sehingga ke Ramadan Sepuluh]

No comments: