Monday, May 21, 2018

~ RAMADAN LIMA ~


MENJADI rutin pada setiap tengaharinya Ramadan ini, aku menghabis waktu rehat di unta hitam. Kalau tidak untuk lelap pun, sekadar membelek-belek bahan baca yang masih berbaki. Unta hitam yang layaknya seperti gerobok bergerak.

Namun hari ini, aku tidak ke bahan baca. Tanpa sengaja membelek-belek telefon bimbit tanpa tuju tertentu. Sekadar membelek-belek dengan random. 

Dan, terhenti pada suatu nama. Lalu membaca isi kandungan perbualan Oktober lalu  dan  'menikmatinya' seperti bahan baca yang baru pertama kali  ditatap hadam. 

Benarlah, Ramadan seringkali menyejukkan. Seringkali memujuk.

[Sehingga ke Ramadan Enam]

No comments: