Thursday, May 24, 2018

~ RAMADAN LAPAN ~


BERBUKA puasa bersama anak-anak yatim dan Asnaf. Dalam jumlah 30 orang kesemua mereka. Paling kecil, usianya lima tahun barangkali. Paling ramai dari kalangan 7-9 tahun.

Suasana begitu sesak. Dan, pastinya apabila sedang dalam keadaan berpuasa begini, manusia dari kalangan 'kita' ini agak sukar untuk bertolak ansur dan memilih bersikap sebalik.  

Ruang makan ini berkonsepkan penyediaan sendiri untuk segala satunya. Dipilih, diambil, dimasak dan dimakan. Untuk yang tahu, tahu. Dan untuk yang tidak, maka menunggulah.  

Pada saat azan berkumandang menandakan masuk waktu berbuka puasa, anak-anak ini menunggu sambil memandang-mandang pada meja sebelah menyebelah.

Dan, aku pula memandang-mandang mereka. Dari jauh. Dari yang terjangkau pandang mata. Sehingga ke beberapa ketika. Sehingga mereka juadah akhirnya dijamah mereka.

Sungguh, rakaman cerita hari ini, masuk ke dalam-dalam hati yang dalam. Paling dalam.

[Sehingga ke Ramadan Sembilan]

No comments: