Monday, May 28, 2018

~ RAMADAN DUA BELAS ~


INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN... Awal pagi tadi menerima berita kehilangan seorang kenalan yang telah dijemput Ilahi untuk pulang ke dunia abadi.

Kanser. 

Tidaklah begitu rapat dengan arwah, namun pernah beberapa kali berurusan atas hal-hal yang tidak tersengajakan.

Sepanjang mengenalinya, aku tidak pernah tahu dia sebenarnya berasal dari satu negeri sehinggalah tengahari ini di maklumkan jenazah akan dikebumikan di kampung halamannya. Dan lebih mengejutkan kampungnya hanya bersebelahan dengan rumah ibu.

Kecilnya dunia ini.

Di saat rakan-rakan lain meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat mengiringi perjalanan akhirnya kerana jarak yang beratus batu, aku pula diberikan rezeki untuk menziarahi dan mengucapkan selamat jalan buatnya kerana kebetulan memang berada di sini untuk menjenguk ibu sehingga Selasa ini.

Yaa, 'rezeki' yang aku sendiri tidak terbayangkan. Tidak pernah menyangka aku menjadi antara yang mengiringi perjalanan akhirnya.

Kebetulan yang seringkali memberi rasa-rasa yang tidak dirasai dengan segala sesuatu yang diatur. Kita tidak akan pernah tahu. Tidak akan!!!

Semoga dipermudahkan perjalanan saudara AS ke dunia abadi. Indahnya pemergianmu di bulan mulia yang penuh barokah ini.

Takziah untuk seisi keluarga. AlFatihah.

[Sehingga Ramadan Tiga Belas]

No comments: