Friday, April 13, 2018

~ HANYA KEBODOHAN YANG TIDAK LAGI SAMA ~


AKU masih di sini. Masih ada. Masih menulis. Masih setiap hari. Masih merakam segala sesuatu dalam rutinku. 

Cuma yang masih-masih itu tidak aku bukakan kepada bacaan umum sebagaimana selalu. Hanya aku biarkan pada ruangan 'draft'. Barangkali pada kurang lebih 60 ceritera. 

Jawapan untuk kamu yang bertanyakan itu beberapa hari lalu. #Senyum. #Stranger.

Barangkali, selepas esok aku kan cuba kembalikan pada yang ruang boleh dilihat. Namun, tiada apa yang lainnya pada catatan itu, kerana segalanya masih lagi sama. Sama tentang yang namanya aku.

[Hanya kebodohan, yang tidak lagi sama..]

No comments: