Monday, February 05, 2018

~ SETELAH WAKTUNYA DIATUR-ATUR


BERTALU-TALU mesejnya masuk ke skrin telefon bimbit. Mempelawa secawan mocha pada ingin duduk-duduk bercerita setelah antara kami saling bersenyapan pada satu tempoh yang lama kerana hambatan urusan pekerjaan masing-masing-.

Dan, hari ini kesempatan itu terbagi, setelah beberapa kali waktunya diatur-atur. 

Lalu duduklah kami sehingga kedai kopi  menutup pintu. Begitu banyak ceritera yang terkongsi, dari yang segar kepada yang basi. Dari yang kejutan atau klise selalu.

Sahabat ini, tersangatlah sahabat buatku. Jangan bersua, namun kami saling sentiasa ada.

[Gembira mendengar kegembiraan kamu..]

No comments: