Monday, December 11, 2017

~ SI KECIL ~


SEMPENA kecemerlangannya dalam peperiksaan baru-baru ini, si kecil dihadiahkan dan dibenarkan untuk memiliki telefon bimbit.

Sebelum ini, permintaannya tidak diizinkan atas banyak alasan dan faktor. Meski ia bukan suatu hal yang luar biasa untuk anak-anak zaman hari ini untuk memiliki telefon bimbit pada seawal usia apapun, si kecil masih terkecuali.

Namun, barangkali prinsip ini terlolos atas keterlanjuran janji kedua ibu bapanya, dan dia juga mengejar janji itu di luar jangka kami.

Nah... lalu dia harus diadilkan dengan janji itu.




Apapun, semenjak dia memiliki telefon bimbit sendiri, selagi aku tidak menampakkan kelibat di muka pintu rumah, maka selagi itu aku akan 'digangguinya' dengan pelbagai pesanan dalam bentuk text, suara, mahupun panggilan.

Haih.. si kecil. 

[Chenta..]

No comments: