Saturday, December 02, 2017

~ SELATAN ~

LEBIH empat jam memandu ke selatan semenanjung tanah air. Sekadar mahu membuat bual. 

Perjalanan agak terlengahkan dengan sesak perut jalan raya yang diaturi dengan kenderaan  ke tuju masing-masing.

Banyak yang terfikirkan sepanjang pemanduan yang sangat melelahkan. Banyak berselangan siur.

Usai segala termahu, barulah punya kesempatan melepas lelah. Selak ke dada langit. Indahnya bulan menyapa di terpaling hujung selatan ini.

“Bila nak pindah sinii.. Dah kena pindah sini dah ni..”  

Ungkap seorang kenalan petang tadi, saat aku berdakap di bangsa ini.

Aku hanya memberi jawapan dengan senyum. 

Semenjak akhir-akhir ini aku kerap memandu ke sini. Sedang sebelumnya, inilah hal yang terpayah aku lakukan.

Dan, dan beberapa hari ini aku di sini.

[Sama sepet]

No comments: