Wednesday, December 27, 2017

~ KECURANGAN ~


BEBERAPA hari ini, cerita kecurangan umpama menjadi drama episod dibuat bual berhari. Manakan tidak, kerana kejadiannya melibatkan individu di lantai pekerjaan. Justeru, tidak senyaplah gendangnya selagi versi tidak sempurna.

Kisah-kisah kelat yang kita sendiri tidak terjangkakan tumbuh di sebalik senyum manis yang sentiasa ada.

Curang. Bukan lagi sebuah cerita luar biasa. 

Apapun alasannya, pada perkiraanku ia tetap merupakan satu pilihan.

"Kalau awak tahu kawan awak curang kat partner dia, agak2 awk simpan rahsia dia ker macamana?"

Soalan yang tiba-tiba terpacul dari salah seorang mereka bila mana aku langsung tidak memberikan sebarang komen pada cerita panas yang sedang hangat dibuat bual.

"Hahaha... mende asik cerita pasal ni jer tak habis.."
"OK, confirm cover baik punya kan.. sbb scorpio pemegang rahsia agung"
 

 Aku hanya ketawa kecil sambil membelek-belek skrin telefon bimbit bila mana tidak tahu bagaimana untuk memberi jawapan balas.

Pada realitinya, yaa. Aku dalam situasi itu. Menyimpan rahsia sahabat sendiri dalam episod cerita kecurangannya. Aku tahu ia bukan tindakan yang betul, namun aku percaya setiap cerita ada kesudahannya.

Andai episod kecurangan yang disimpan-simpan ini  aku aksarakan, barangkali layak dia ke babak kaca TV.     

Hidup ini atas pilihan. 

[Diam, bukan kerana aku menyokong... ingat itu.]

No comments: