Sunday, December 24, 2017

~ INGATAN ~


TERIMA kasih untuk doa-doanya. Seorang teman tiba-tiba menghubungiku untuk sebuah ingatan bertanyakan keberadaanku sangat menyentuh hati. 

Sering sahaja tidak punya kesempatan untuk menerima pelawaannya untuk menghirup secawan kopi. Ada sahaja yang menidak.

Malah aku juga tersekat pada tangguh-tangguh untuk menghubunginya pada keadaan perlunya beberapa bulan lepas. Nah, hari ini dia pula yang datang bertanya khabar sedangkan aku yang sepatutnya bertanya khabar bertanyakan keberadaannya yang membeban dilaluinya semenjak akhir-akhir ini.

Terima kasih. Terima kasih.

"Lalu kedai kopi, langsung teringat awak. 
"Hahaha.. tiba2.."
"Saya tahu awak payah nak cari saya, so saya cari awak.. sihat ke?"

[Ingatan, meski bukan dalam ingatan kamu]  

No comments: