Tuesday, December 19, 2017

~ CICIR ~


HAMPIR tiga jam aku berada di toko buku. Menghirup kopi. Sebelum singgah mendapatkan kompilasi Mozart terbaru di ruang bawah.

Berbaki 50 minit untuk ke lantai pekerjaan.

Tiba di unta hitam, kuncinya di mana?

Bermulalah sesi turun naik lantai kembali ke ruang-ruang yang kunjungi untuk mencari kunci yang tercicir dek kecuaian sendiri.

Tiada.

Pada akhirnya aku duduk tersadai di kedai kopi. Menarik nafas dengan secawan grande caffe latte. Yaa pilihan kopi untuk ekspresi kehuru-haraan. Kerana untuk keadaan amannya, Dark Mocha Frappucino lebih mengisi nyaman.

Ke ruang layar lebar, cuba-cuba bertanya.

Akhirnya, seorang lelaki yang bertugas di situ berbesar hati untuk membantu. Di bawa aku untuk membuat sesi jelajah. Yaaaaaa... duduknya senyap dia bawah kerusi hall 18.

Ya ampun. Kecuaian diri.

Terima kasih untuk hati-hati mulia yang sudi membantu, meski aku hanya membuka mulut antara mahu dan tidak tidak atas kebisuanku.  

[Unta hitam]

No comments: