Sunday, December 17, 2017

~ BERDUA ~


STARWARS The Last Jedi. Starwars The Last Jedi. Starwars The Last Jedi. Starwars The Last Jedi. Nyanyian tidak berhenti semenjak lebih dua minggu ini.

Ya, demi Starwars The Last Jedi,  didedikasikan sepenuh hari ini bersama si kecil memenuh ingin-inginnya yang tersangkut dek hambatan urusan pekerjaan tiada henti. Selama beberapa minggu ini jarang sekali kami bertemu muka, sebaliknya hanya berhubungan menerusi di alam maya.

Dan, hari ini bertemu kesempatan.

Peminat fanatik siri Starwars. Sedang aku baru pertama kali menonton francais filem dari genre sains fiksyen yang tidak pernah ada dalam pilihan sebelum ini. Malah beberapa kali terlelap sepanjang hampir tiga jam durasi tayangannya.

Sepanjang pulang, si kecil membuat ringkasan untuk memahamkan aku perjalanan cerita dari minit pertama. Geleng kepala, dari mana dia tahu segala salasilah setiap wataknya.

Hal-hal kecil yang sudah cukup  menggembirakan dirinya.

[Berdua lebeh baek]

No comments: