Wednesday, November 01, 2017

~ YANG KURIK ITU KUNDI ~


SEAWAL pagi, aku memulakan perjalanan ke selatan semenanjung tanah air tanpa dirancang-atur. Terjaga dari tidur, dan membuat putus untuk ke sana.

Kurang lebih jam empat pagi tadi, aku hanya mengirimkan text kepada sang kepala di lantai pekerjaan untuk mohon bercuti. Sepatutnya tidak semudah itu, namun dimudahkan aku tanpa sebarang kira-kira.

Johor bahru.

Memandu berseorangan untuk perjalanan sejauh 322km yang mengambil masa kurang lebih lima jam. Tenang-tenang saja sambil memberi ruang nafas yang aman dan nyaman.

Beberapa jam di sini. Sekadar untuk secawan kopi. Bercerita tanpa bercerita. Sambil mengambil angin segar yang jauh dari hiruk pikuk kota.

Dan, bertolak kembali ke Kuala Lumpur beberapa jam kemudian. 

Semoga esok baik-baik sahaja. Amin

[Scorpio]

No comments: