Monday, November 27, 2017

~ KEPAHITAN YANG TERPAHIT ~

KANSER Limfoma tahap empat. Berita yang cukup mengejutkan dikongsi selebriti terkenal, Elyana yang telah lebih lima tahu berjuang untuk hidup sebagai epsakit kanser.

Terkesan. Sangat-sangat terkesan.

Entah apa dan entah bagaimana yang dia lalui sepanjang perjuangan itu bermula dari hari pertama, sehingga saat sang doktor meramalkan jangka hayatnya berbaki cuma setahun, mahupun pada ketika perkongsian ini dilakukan sebentar tadi.

Dia masih mampu tersenyum, bergelak ketawa dan bercerita seolah tiada apa. Sedangkan di balik bajunya terselindung port kemoterapi, dikantung beg yang digalas dipenuhi ubat-ubatan pelbagai fungsi, di dalam panah matanya terbendung air mata yang tertahan.

Kerana apa.. kerana tiada siapa pun yang menjadi paling mengerti, melainkan dia sang punya tuan tubuh badan. Hanya yang melaluinya sahaja yang akan tahu bagaimana rasanya, bagaimana perasaannya.

Hanya yang merasa.

Justeru, aku tidak punya kata-kata yang ingin diucap, melainkan doa terpaling ikhlas dari hati agar Tuhan memberi kesembuhan dan meringankan kepayahannyanya.

[Simpan sahaja kata-2 manis yang sudah terhanya untok semua..] 

No comments: