Thursday, November 30, 2017

Wednesday, November 29, 2017

~ TERHANYA ~

BADAN membuat rajuk. Tidak berada di kedudukan yang sepatutnya sehingga menyebabkan aku terkalah pada asak.

Menangis, meski itu bukan penyelesaiannya.

[Baki..]

Tuesday, November 28, 2017

Monday, November 27, 2017

~ KEPAHITAN YANG TERPAHIT ~

KANSER Limfoma tahap empat. Berita yang cukup mengejutkan dikongsi selebriti terkenal, Elyana yang telah lebih lima tahu berjuang untuk hidup sebagai epsakit kanser.

Terkesan. Sangat-sangat terkesan.

Entah apa dan entah bagaimana yang dia lalui sepanjang perjuangan itu bermula dari hari pertama, sehingga saat sang doktor meramalkan jangka hayatnya berbaki cuma setahun, mahupun pada ketika perkongsian ini dilakukan sebentar tadi.

Dia masih mampu tersenyum, bergelak ketawa dan bercerita seolah tiada apa. Sedangkan di balik bajunya terselindung port kemoterapi, dikantung beg yang digalas dipenuhi ubat-ubatan pelbagai fungsi, di dalam panah matanya terbendung air mata yang tertahan.

Kerana apa.. kerana tiada siapa pun yang menjadi paling mengerti, melainkan dia sang punya tuan tubuh badan. Hanya yang melaluinya sahaja yang akan tahu bagaimana rasanya, bagaimana perasaannya.

Hanya yang merasa.

Justeru, aku tidak punya kata-kata yang ingin diucap, melainkan doa terpaling ikhlas dari hati agar Tuhan memberi kesembuhan dan meringankan kepayahannyanya.

[Simpan sahaja kata-2 manis yang sudah terhanya untok semua..] 

Sunday, November 26, 2017

Saturday, November 25, 2017

~ THE TWILIGHT SAGA - NEW MOON ~









TAJUK: The Twillight Saga - New Moon
 KARYA: Stephanie Meyer
 TERBITAN: Megan Tingley Books
 CETAKAN: Pertama (2006)
 HALAMAN: 756
 HARGA: USD$7.99

Friday, November 24, 2017

~ KEPADA DUA ~

DARI lima kepada empat, kepada tiga dan kini kepada dua. Lalu mengadaplah pagi petang siang malam dan bergantian pada hari esoknya pada rutin yang sama.

Entah di mana hentiannya. Entah bila.

[Kudrat yang sekerat..]

Thursday, November 23, 2017

~ AKSARA PERASAAN ~

PUISI. Telah lama ditinggal lupakan. Namun hari ini aku menulis dan membacakannya atas permintaan seorang kenalan lama. Sesuatu yang terlalu jarang untuk aku lakukan di depan khalayak, dan hari ini aku lakukan.

Ada kerasukan barangkali.

[Me-mileh bahasa..]

Wednesday, November 22, 2017

Tuesday, November 21, 2017

~ KE LANGIT HITAM ~


TERJAGA dari lena yang cukup jauh ke mimpi. Rupanya baru setengah pagi. Dongak pada langit gelap yang seringnya terseru dengan segala satu cerita.

Random.

Terdetik ingatan buat seorang emak. Entah apa kondisinya selepas menjalani operasi pembedahan tempohari. Ermm.. Tempohari yang sudah hampir bertukar bulan.

Semoga dipermudahkan proses rawatan, dan diringankan segala kepayahan dengan izin Allah. Aminnn..

[Nun jauh di-sudot hati..]

Monday, November 20, 2017

~ SESI MEJA BULAT ~


SESI meja bulat. Lagi dan lagi. Umpama patung cendana, aku hanya duduk mendengar, sesekali mengangguk dan selebihnya hilang dalam ramai.

Lagi dan lagi... Dan, sampai bila?

Bosan.

[Lari]

Sunday, November 19, 2017

~ APA AKAN TERHALAL, SCORPIO ~


SEMBILAN belas sebelas. Selamat menyambut hari ulang tahun terpaling indah wahai lelaki sepet. Mudah-mudahan pada pertambahan usia yang membuat injak ini, kamu itu lebih rasional kepada kehidupan yag punya psang surutnya.

Aku ini masih ada dengan hal yang yang sama. Sentiasa ada dengan doa yang indah-indah untuk kamu, dan untuk kita. Barangkali tidak pada keperluan untuk dibilang-bilang di sini, kerana biar yang di atas sana sahaja yang maha mengerti.

Dua puluh tiga sepuluh yang lalu, keraiannya untuk aku dari kamu tertunda kerana aku ditugaskan untuk berada di lantai pekerjaan untuk sepenuh tarikh itu. Dan hari ini, disusun lagi kebetulan yang serupa di mana aku sekali lagi terikat untuk mengikut jadual giliran yang sudah bersiap siaga menyebabkan hari istimewa kamu ini tidak teraikan pada atur asal.

Paket yang tidak manis.

Semoga ada pengertian dari kamu kerana ia bukan urus mudah yang boleh aku atur-atur sendiri pada dasar posisi yang tidak berkepentingan ini.

Namun, keraian yang tertunda itu barangkali boleh sahaja menjadi lebih manis melebih  keraian tepat,  asal sahaja keikhlasan itu duduknya paling depan antara segala satunya.

Selamat Hari Ulang Tahun sang Scorpio... Menerima kamu dengan ada-adanya kamu.

Meski terlalu banyak hal yang tercuba membuat rentang, kita masih saling tidak pergi. Namun, aku sering dengan mimpi yang penuh tanya... apa akan terhalal suatu masa nanti, atau hanya kekal terpinjam begini adanya.

Moga didengarkan.

[Scorpio..]

Saturday, November 18, 2017

~ PERPISAHAN ~


PERPISAHAN. Lapan belas sebelas dua ribu tujuh belas. Dan, tentunya bukan suatu hal yang termudah untuk untuk berdepan garis ini.

Setelah lapan tahun, tiba waktu untuk melepaskan.

Terima kasih untuk segala jasa yang pernah terbagi dalam suka dukanya. Terbilang satu-satu tanpa ada yang tercicirkan aku.

Istimewa itu kamu sama aku menumpang-numpang bahu, menopang-nopang dagu pada saat yang tersukar seringnya.

Dan, hari ini kita harus saling mengucap selamat tinggal. Sayu menjamah. Tanpa perlu diacah-acah. Ikatan itu yang membuat rasa barangkali.

Ahh.. Semoga ada rezeki untuk bertemu lagi meski jauh terjarak. Moga baik-baik saja kamu untuk sebuah kehidupan baru. Amin.

Dan... dengan pandangan terakhir, pada satu kata perpisahan yang bakal menjadi kenangan.

[Ter-akhir]

Friday, November 17, 2017

~ KOLEKSI TARI SERUMPUN ~


TERINDAH sekali keterujaannya. Kesempatan lewat hari ini untuk menikmati alun-alun dan gerak tari tradisi yang begitu mudah membuat hibur untuk yang namanya aku.

Koleksi Tari Serumpun yang berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTiC yang sangat asyik, dan yaa.. larut teramat.

Yang benarnya,  semenjak dari awal menempah tiketnya kurang lebih sebukan lalu, aku mengatur-atur ingin untuk membawa seorang sahabat ini untuk turut menonton. Meski tahu ia bukan dalam pilihan hiburannya, namun aku sering mahu dia mencuba-cuba dekat untuk persembahan tradisi yang seperti ini.

Hibur terus.



Dan, hari ini aku tidak menonton bersama yang selain dia.

Ceracap Inai, Rodat, Dabus, Kuda Kepang, Asli lenggang Patah Sembilan, Cik Minah Sayang, Joget Serampang 12, Zapin Sebat, Zapin Tenglu, Zapin Brunei, Zapin Suara Siam, Serng Krapo Tempurung, Tumbuk Kalang, Jong Jong Inai dan Wau Bulan.

[Kesenian]

Thursday, November 16, 2017

~ TANPA KIRA-KIRA ~


CUBA memudahkan kerja dan urusan orang lain, insya-ALLAH kita juga akan dipermudahkan dalam segala kesukaran yang membuat damping.

Aku hanya membantu sekadar termampu atas kapasiti keberadaanku pada posisi yang masih punya untuk paket-paket waktu yang masih berbaki ini.

Bukan kerana wujud ingin yang lainnya, cuma ia termudah begitu sahaja. Tiada usaha yang terlalu, atau duit ringgit yang terkurang. Sekadar itu.

Justeru, aminkan sahaja untuk aku sudah terpaling cukup.

[Tanpa kira-2..]  

Tuesday, November 14, 2017

~ ENTAHKAN.. ~

TERINGAT dan terkenang.  Namun saat kembali membaca belek ayat-ayat, cungapnya masih sama. Entah pulih entahkan tidak.

[Tutup mimpi] 

Monday, November 13, 2017

~ NOVEMBER TERHADIR DENGAN RAI-RAIAN ~

NOVEMBER seringnya menjadi bulan berkasih sayang buatku barangkali. Seawal pertama harinya, sehingga saat tiga belas ini juga pada yang berselangan ke perjalanan akhir Novembernya terhadir untuk rai-raian.

November menjadi bulan aku meraikan teman-teman. Tidak  lima, bukan juga lapan, ada sahaja harinya yang menjadi sejarah kelahiran teman-teman ini.

November babies.

Umpama Santa Clause, dan begitulah aku pada hadir Novembernya.

Tidak harus terlupakan November yang menjadi hari istimewa teman-teman dekat dan rapat, yang masih mahukan aku saat pertama kenal kami sehingga pada waktu.

Selamat ya, semuanya.

[Hal-2 kechil]

Sunday, November 12, 2017

~ TABLE FOR TWO ~

SETELAH lama janji tertangguh, akhirnya hari ini berkeluangan untuk dating sama si kecil. Selagi tidak ditunai, terhantui saban hari meski apapun rentangnya.

Kami mudah sahaja. Toleransinya jalan terus. Aku mampu menjadi seangakatan rakan bayanya, dan dia juga sering terjadi dewasa dalam duniaku. Hal-hal sebegitu membuatkan kami saling tertarikan dengan mudah.

"Table for two"

Tutur yang sering dia lafaz sebagai ingatan agar dating kami itu tidak disertai selain dia. Ahhh.. anak ini.

Kamu itu terlalu banyak mengambil bahagian dari dalam soal hidupku. Dan, yaa... Entah bagaimana, jika terjauh nanti.

[Genangan piker]

Saturday, November 11, 2017

~ THE TWILIGHT SAGA: BREAKING DAWN ~









TAJUK: The Twillight Saga - Breaking Dawn
 KARYA: Stephanie Meyer
 TERBITAN: Megan Tingley Books
 CETAKAN: Pertama (2008)
 HALAMAN: 563
 HARGA: USD$7.99

Friday, November 10, 2017

~ PADA BIRUNYA ~

LANGIT tumpah dan sesak jalan melimpah di luar duga. Pilihan terbaik adalah membuat singgah dan menghirup secawan kopi agar tidak tersia waktu dalam rungut tidak berhabisan.

Disertai dua teman yang memilih hal yang sama.Lagak kami umpama berada di kedai kopi di selekoh neon kota Paris pada saat remang petang mengisi pandang.

Daripada topik-topik santai, sehinggalah kepada secebis kisah kehidupan yang punya masing-masing, namun tertutup oleh senyum manis yang berlapis lapan.

Aku menopang dagu.

Tidak pernah mereka kongsikan sejujur ini, dan hari ini aku mendengarnya dengan setulus hati.

Hidup kita ini sering tidak terjangkakan. Pada birunya, pada kuningnya... meski terbeda, namun masih mampu bersatu dengan hijaunya.

Yang manis-manis itu, tidak semestinya manis pada benarnya kerana yang kelat itu, tetaplah kelatnya.

Terima kasih untuk pelajaran hari ini yang tidak tersengajakan dikongsi bersama. Aku cuba melihatnya dengan mata hati.

Dan, saat meninggalkan kedai kopi sehinggalah pada ketika jari ini bercerita di sini, kisah-kisah itu masih melekat.

Bersyukurlah dengan keberuntungan diri.

[Alhamduillah.]

Thursday, November 09, 2017

~ TIMBANG KATI~


SUKAR untuk memahami dan memahamkan. Apapun, semoga yang baik-baik sahaja ditimbangkatikan. Kita tahu kita, dan mereka juga tahu mereka. Terima kasih untuk sebuah  keprihatinan. Mahal tidak terbeli.

[Krismas..]

Tuesday, November 07, 2017

~ DIMENANGKALAHKAN ~


DARI lantai sini, ke sana.. dan kemudian kembali ke sini dan apa lagi? Dalam  jangka waktu yang tidak terjarak jauh, kami dicuba-cuba untuk segala satu percubaan.

Dan, setelah kali terakhir Mac lalu, episodnya berulangan lagi.

Semenjak tengahari semalam sehinggalah ke lewat malam ini, bicaranya hanya tertumpu itu. Begitu dan begitu sehingga aku terasa seperti mahu mengangkat tangan untuk beredar undur.

Bukan acahan, tetapi perasaannya itu sudah menunjal sehingga level itu.

Kami menerima beberapa berita yang mengejutkan lewat petang semalam. Ya, mengejutkan sehinggakan sel-sel otak sedikit sukar untuk berhubungan membuat proses dengan sewajarnya.

Politik, tetaplah politik. Siapa yang tahu cara permainannya, pasti sahaja akan sentiasa berada di team yang kanan. Soal yang paling mudah untuk difahami.

Dan, aku tidak akan pernah akan berada di dalam permainan itu, insya-ALLAH.

Aku merenung wajah si mangsa. Entah apa cerita hatinya. Aku melihat jauh ke dalam matanya. Entah apa genang fikirnya. Dimangsakan dengan akur yang tidak beralasan wajar.

Bermain dengan rezeki, bersilat dengan kepercayaan, malah berinjakan dengan demi kepentingan diri itu, apakah nanti akan ada amannya? Apa ada???

Bagaimanapun, semogalah ada sesuatu yang baik-baik datang berganti kepadanya. Mudah-mudahan juga ada rezeki yang lebih manis bersinggahan kepada kami.

Dan, harapanku agar percubaan penuh kejutan ini mampu menyenangkan mereka yang dalam permainan itu, malah memenangkan sang pemain mengikut yang diatur-atur. Sukses hendaknya.

Dari tengahari semalam membawa ke hampir tengah malam ini, skrin telefon bimbit seperti tidak berhenti menyala. Berderetan dengan asak dan tanya, malah tidak ketinggalan sesi pergulungan pendapat dan pandangan sehinggalah diwujudkan satu kumpulan meja bulat untuk perkongsian suara.

Sampai bila, masih mahu menari kayak T. Pinkie dan Gunjoloh di lantai ini?  

Aku bawa tanya itu ke lena.

[Kejutan yag mengejutkan..]

Monday, November 06, 2017

~ AMINN.. ~


SEMOGA pembedahan emak pada hari ini berjaya dan berjalan lancar sebagaimana yang seharusnya. Dan, mudah-mudahan kesabaran sentiasa bersama anak agar tabah menjaga emak dengan sebaiknya. Aminnn.

[Doa dari jauh]

Sunday, November 05, 2017

~ PAKET PAKET MANIS ~


ENERGI positif. Mengisi kebetulan sepanjang hari ini apabila berpeluang untuk duduk seruang dan berkongsi pendapat dengan seorang individu yang cukup berpengaruh dalam lapangan kepakarannya. 

Meski ada rasa segan dengan kerdilnya diri yang tidak punya, aku mampu menyelesakan diri lantaran sikap merendah diri dan berbudi pekerti yang dimiliki individu ini.

Ternyata aura positif yang dibawakannya mudah meresap masuk ke segenap urat sarafku untuk mendepani hal-hal yang berkeliling dengan lebih berlapang dada.

Semoga kejayaan menyebelahi untuk acara yang diusahakan semenjak lebih lima bulan lalu.

Pada sebelah malamnya aku meluang kelapangan untuk berada di satu acara yang pada awalnya aku tidak terfikir untuk berada di ruang ini.

Namun takdir nampaknya telah indah tersusun dengan sebab dan alasan yang kita sendiri terhidukan. Yaa, bertemu secara tidak sengaja sama sahabat yang lama tidak punya kesempatan untuk mengusul khabar.

Lalu pada usai acara, kami melari ke satu ruang tenang untuk menghirup secawan teh tarik yang berhangatan seiring dengan khabar-khabar yang tertangguhkan dari pengetahuan.

Lebih tiga tahun lalu, tiada patah perkataan bahasa Melayu yang mampu difahami apatah lagi dituturkan dia. Namun hari ini siapa sangka dia mampu berpetahan tanpa langsung ada batasan tutur saat cerita-cerita yang terkongsi.

Berulangan imbas-imbas yang disebut dia bagi mengingat bagaimana kami mula sahabat, dan kekal dalam persahabatan meski wujud beda yang bukan sedikit.

Banyak hal-hal manis yang terbagi pada ruang yang cukup singkat lewat jam tadi. Terima kasih untuk ingatan kecil yang membawa mesej nun jauh ke dalam hati.

[Teh tarik... yaa, penuh dengan ceritera.]

Saturday, November 04, 2017

~ KOPI DALAM CAWAN, KAKI DALAM KASUT ~







 TAJUK: Kumpulan Puisi - Kopi Dalam Cawan, Kaki Dalam Kasut
 KARYA: Wan Ahmad Ismail
 TERBITAN: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad
 CETAKAN: Pertama (2014)
 HALAMAN: 84
 HARGA: RM20.00

Friday, November 03, 2017

Thursday, November 02, 2017

~ YANG MERAH ITU SAGA ~


SELAMAT datang November. Semoga datangmu dengan hal yang manis-manis dan indah-indah setelah Oktoberku bersambut kelat pada awal sapanya dan serupa saat hujung perginya.

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga. Yang cantik itu budi, dan yang indah itu bahasa. Melekat-lekat dan terngiang-ngiang. Terulang-ulang bergentayangan.

[Merah dan marah]

Wednesday, November 01, 2017

~ YANG KURIK ITU KUNDI ~


SEAWAL pagi, aku memulakan perjalanan ke selatan semenanjung tanah air tanpa dirancang-atur. Terjaga dari tidur, dan membuat putus untuk ke sana.

Kurang lebih jam empat pagi tadi, aku hanya mengirimkan text kepada sang kepala di lantai pekerjaan untuk mohon bercuti. Sepatutnya tidak semudah itu, namun dimudahkan aku tanpa sebarang kira-kira.

Johor bahru.

Memandu berseorangan untuk perjalanan sejauh 322km yang mengambil masa kurang lebih lima jam. Tenang-tenang saja sambil memberi ruang nafas yang aman dan nyaman.

Beberapa jam di sini. Sekadar untuk secawan kopi. Bercerita tanpa bercerita. Sambil mengambil angin segar yang jauh dari hiruk pikuk kota.

Dan, bertolak kembali ke Kuala Lumpur beberapa jam kemudian. 

Semoga esok baik-baik sahaja. Amin

[Scorpio]