Tuesday, October 24, 2017

~ TIDAK PADA BULAN, BINTANG ~


KESEMPATAN dan rajuk-rajuk yang terpulih. Dari awal pagi sehingga lewat petang di bumi Hang Tuah. Menyusun puzzle dan mengutip lukis-lukis yang tertinggal.

Sungai Melaka ini sering sahaja merakam cerita. Begitu juga hari ini.

Merai tanpa merai. Bungkus paket hitam merah yang indah dan melekat.

Usah didekatkan aku dengan usaha-usaha kejutan kerana aku bukan orang yang dalam kalangan begitu. Lalau terima kasih untuk sebuah pengertian itu.

Terima kasih untuk hal-hala menyenangkan hari ini. Hal-hal kecil, namun manis untuk Oktober dua puluh tiga.

Yaa, tidak pernah mengimpi bulan dan bintang, cukup hal-hal manis yang diniatkan ikhlas.

[Scorpio] 

No comments: