Friday, September 15, 2017

~ BUKAN PEMERAN ~


BAHASA senyapku sering kali terlalu bising untuk mereka yang dekat denganku. Barangkali. Kesenyapan itu juga telah mencetus babak yang di luar jangka awal petang ni.

Lelaki sepet itu muncul di lantai pekerjaan sebagai tanda protes kesenyapanku dek cerita minggu lalu yang belum sendik pada duduk elokya.

Cerita minggu lalu begitu menyesakkan untuk aku timbang kati membuatkan aku memilih senyap biarpun ia sepertinya sedikit ketertaluan bertahan dalam tempoh itu.

Aku tidak menjawab sebarang panggilan daripadanya, terhanya sepatah dua mesej yang tidak melibatkan soal kami atau kejadian minggu lalu.

Justeru, lantai pekerjaan menjadi pilihan terbaiknya agar aku tidak mampu untuk menolak atau bersenyap lagi kerana maklum benar dia akan situasiku.

Drama. Dan, yaa... aku tidak akan pernah senang untuk menjadi  peran di dalamnya.

Kejutan yang tidak menambak-baik, namun berlapis menjadi tebal lebih dari sedia ada. Usah ditekan desak, kerana pada akhirnya Scorpio akan membuat laku di luar sangka-sangka kamu.

Meninggalkan lantai pekerjaan sekitar jam empat, memenuh ingin dramanya yang terhala ke hiruk pikuk kota dan pada akhirnya berhujung di bukit Ampang. 

Sesi menyusun aksara senyap yang panjang.

Aku diperhati pada asyik jari yang sengaja menekan-nekan telefon bimbit, tanpa mempedulikan indah panorama remang petang di hutan batu yang sayup dari pandang.

Dan, aku pasti si sepet ini dapat membaca tepat laku yang terbagi ini. 

[Scorpio x Scorpio] 

No comments: