Sunday, July 16, 2017

~ TERKALAH ~


LARI sehingga mahu ke mana? Dan, setelah beberapa ketika saling melarikan, sama ada aku atau sahabat itu, beberapa hari lalu kami tertakdir di satu ruang yang sama. Tidak terlarikan walau seinci dengan keadaan dan kondisi yang menyekat.

Awalnya aku fikir, aku boleh berlagak biasa seolah tiada apa yang berlaku dengan menyembunyikan gemuruh yang bersarang. Namun hakikatnya ia merupakan suatu hal yang tidak akan pernah mampu aku lakukan dengan baik meski bagaimana sekalipun aku kumpul kekuatan.

Lalu terkalah aku seperti selalu. 

[Dan, sahabat mei] 

No comments: