Sunday, July 30, 2017

~ SEKAKI PAYUNG ~


HARI ini atas kesempatan yang terbagi, bertemu aku meluang waktu dengan teman lama yang telah memulai jalan baru dalam hidupnya. Di batasi ruang waktu dan kejaran urus pekerjaan yang membeban, hanya kali ini pelawaan mampu dipenuhi.
Banyak bualnya. Umpama membuka buku tulisan Mislina Mustaffa yang penuh dengan keterujaan sehingga ceritanya terkalih pada seorang sahabat.

NS: abcdefghijklmnopqrstuvwxyz.. Sanggup ehh dia tak pergi.. apa masalah dia?
AKU: Apa pula cakap macam gitu. Mana dia tahu date tu jatuh sama time dengan hal dia
NS: abcdefghijklmnopqrstuvwxyz.. menipulah kalau kata tak tahu
AKU: Laa.. benda ni bukan dia baru plan, dah lama kot.. so kebetulan jer..
NS:  Tahulah ko kawan baik dia, tapi... aku nak jugak cakap, dia tu pelik sungguh perangai...  abcdefghijklmnopqrstuvwxyz..
AKU: Ermm.. pesal cakap gitu, sebenarnya kau tak kenal dia sangat
NS: Whateva laa.. Tp skang aku faham kenapa ko pun selalu berangin dgn dia

Aku mengalihkan perbualan. Tidak mahu bualnya terus-terus kepada itu. Memang aku ada jawapan kepada semua itu, namun biarlah hanya untuk tahu aku sahaja.

Meski  terjauh dari radar dengan gelut terkilan yang tidak mahu padamnya.. aku tidak akan pernah ada walaupun sedetik lintas untuk berkata buruk  tentang dirinya apatah lagi mengkhianatinya, kalaupun dia mengalu-alukan.

Lalu aku masih tetap membela-bela, berkata yang manis-manis agar terjauh sangka liar terhadapnya. Meski ada sebahagian telahan itu menjelas benar, masih juga aku mencari-cari jalan tengah. 

Sedang barangkali aku tidak perlu untuk berlaku seperti itu lagi..

[Air yang di-cincang]

No comments: