Tuesday, July 11, 2017

~ SALAM PERPISAHAN ~



ALFATIHAH. Langit menutup redup. Senyap dan sunyi tanpa segaris alir angin membuat sapa. Sepertinya memberi laluan kepada perkhabaran duka yang menyentap hati siang hari tadi. 

Berkejaran, meninggalkan lantai pekerjaan untuk mengiringi perjalanan terakhirnya sekitar dua petang tadi.

Selamat kembali ke dunia abadi. Semoga perjalananmu ke sana dipermudahkan dan diterima pencipta dengan sebaiknya kemuliaan peribadimu.

Seperti masih bermimpi.

[Coba untok tidak mengiringi pemergian ini dengan air mata...]

No comments: