Sunday, July 23, 2017

~ DEPRESI ~


SUSULAN kematian vokalis Linkin Park, Chester Bennington yang ditemui tergantung di kediamannya malam kelmarin dipercayai akibat bunuh diri kerana depresi, ia menjadi topik hangat dalam setiap bual beberapa rakan hari ini.

Depresi.

Yaa, depresi bukanlah soal tempel yang harus kita pandang sebelah mata, sebaliknya perlu diberi perhatian agar ia tidak sampai menjejaskan keharmonian hidup yang sepatutnya termilik kita.

Auntie Phia juga membuka bual tentang itu saat aku bermalasan di rumahnya siang hari tadi usai sesi rumah terbuka yang sudah di penghujung Syawalnya.

Wanita separuh abad ini sering punya akal yang tinggi untuk membuka mudah mulutku agar merancak diri membuat bual dengannya meski ada ketikanya aku hanya mahu mendengar dan mendengar.

"Apa-apa yang dirasa, jangan simpan sorang-sorang. Cari orang untuk berkongsi. Tell them what makes u feel bad. Kalau tidak pada orang yang kita kenal, boleh juga kepada stranger. Why not? 
"Yerla kan.. 
"Apa yang yerla.. Awak pun orangnya  suka pendam simpan. Ingat, depresi tu bahayaa.. walaupun kita tak bunuh diri macam mat salih tu, tapi bila kita buat benda yang boleh merosakkan atau menganiayai diri kita sendiri meski bagaimanapun caranya, sama juga.. depression is very major serious issue 
"Dunia sekarang memang macam2... semua orang terdedah depresi.. level jer yang beza," 
"OK, tell me.. Apa yang buat u macam depressed sangat lately ni..?
"Uikss...  apa ni.. saya pulak,"


Auntie Phia pernah melalui depresi yang sangat serius ketika berdepan dengan masalah rumah tangga dan kemudiannya berpisah dengan uncle Taufiq. Lama dulu, ketika ZR awal belasan. Ditanggungnya kekecewaan seorang diri, disimpan kemas dalam benaknya kerana berasakan soal-soal pahit begitu bukanlah hal yang enak untuk dikongsi meski sama orang terdekat.

Benar, tidak pernah ada cubaan membunuh diri.. namun tekanan yang dilaluinya itu telah mempengaruhi dia untuk menyeksa diri sendiri tanpa disedarinya menerusi keadaan hidup yang tunggang langgang dan tidak terurus.

Menjauhi rakan-rakan dan suka menyendiri. Dan, situasi itu tidak hanya menjejaskan dirinya sahaja, tetapi juga anak perempuannya itu juga dalam diam.


"Tiba suatu hari, after 7 bulan macam tu uncle datang rumah, jumpa dan discuss nak ambil ZR di bawah jagaan dia. Masa tu auntie macam baru tersedar, apa yang ZR lalui dengan auntie sepanjang tempoh tu sangat teruk..

"Auntie hampir musnahkan kehidupan auntie dan anak sendiri sebab depresi hingga gagal handle emosi and segala satu.

"Disebabkan rasa bersalah, auntie suruh ZR buat keputusan sendiri. Tapi dalam hati masa tu memang yakin sangat-sangat ZR pilih Uncle Fiq sebab dia memang teruk dengan auntie masa tu..  


Namun menurut Auntie Phia, tanpa ada desakan atau pengaruh daripada sesiapapun, ZR memilih untuk terus berada di bawah jagaannya. ZR memilih untuk bersamanya ketika itu walaupun situasi depresi yang dialaminya itu sangat menyeksakan anaknya itu.

Jawapan si anak, dia tidak akan pergi kerana tahu si ibu amat memerlukan sokongan emosi daripada seseorang. Dan, dia menawarkan diri. 

Tindakan luar biasa anaknya itulah yang menyedarkan dirinya betapa depresi tidak harus di alukan walau apapun kesakitan yang didepani. Dan detik itulah yang menjadi penggerak buatnya untuk menyembuhkan depresi yang mengikat dirinya.

Aku angguk-angguk. Sekeping cerita yang tidak pernah aku tahu sebelum ini. Tidak juga dari mulut ZR sehingga hari ini.

Berkali dipesannya kepadaku agar menghindar depresi, malah dalam masa yang sama untuk sentiasa ikhlas menawarkan bahu kepada mereka yang sedang dalam depresi agar mereka tidak hilang dalam kekalutan emosi yang memusnahkan.  

Katanya lagi, mereka yang dalam keadaan depresi memang sering berkelakuan di luar kebiasaan selalu. Cenderung kepada provokasi kata dan perbuatan, sensitif  meski hanya pada soal kecil, sering melihat salah kepada orang lain dan sepertinya mahu hidup dalam dunianya sendiri dengan menganggap kehadiran orang lain itu  sebagai mengganggu dan ada sahaja yang tidak kena.

"Apapun keadaannya, jangan tinggalkan mereka." 

Tegas benar tutur itu diluncur membuatkan aku terdiam seketika. Hadam aku. Pulang ke rumah, menjerat fikir yang panjang.

[Sejarah itu sentiasa men-jadi lampu suloh yang paling terang..]

No comments: