Saturday, July 08, 2017

~ BUKAN KERANA BERLEBIHAN DUIT RINGGIT ~

BUKAN rezeki. Maka redalah dengan apa yang berlaku tanpa rusuhan hati yang pada akhirnya akan merosakkan diri.

Tiada apa yang ingin aku katakan, melainkan cuba dengan sebaiknya untuk ikhlaskan hati untuk menghalalkan jika perbuatan (penipuan) ini dilakukannya atas suatu desakan yang benar-benar menghimpit dirinya pada tuntutan keperluan kemanusiaan tanpa pilihan.

Semoga Allah ringankan permasalahan kehidupan yang dia hadapi dan melapangkan rezeki untuknya pada masa akan datang.

Cuma, aku doakan semoga hamba Allah ini tidak mengulangi perbuatan yang sama kepada orang lain sebagaimana yang dilakukan terhadap aku. Cukup aku menjadi mangsa yang terakhir.

Meski jumlahnya hanya beberapa ribu, namun ia bukanlah satu jumlah yang kecil bagi seorang aku yang hidup sekadar cukup makan dan pakai ini.

Ya, aku reda dan memaafkan bukan kerana berlebihan duit ringgit, tetapi menerima jika ia bukan rezekiku dan percaya barangkali ada sesuatu yang ingin disampaikan dari kejadian ini.

Bagaimanapun, hidup kita ini ada bahagiannya masing-masing. Maka hiduplah dengan pilihan yang mampu memanfaatkan diri dan orang-orang yang kita sayang dengan sebaiknya.

[Me-nopang dagu..]


No comments: