Saturday, June 24, 2017

~ RAMADAN DUA PULUH SEMBILAN: SALAM RAYA~


TERIMA kasih kerana sentiasa menjadikan aku seorang sahabat yang dimahu.

[Selamat untok semua-nya..]

Friday, June 23, 2017

~ RAMADAN DUA PULUH LAPAN: TAHUN EMPAT ~


DUA PULUH TIGA JUNE. Pada ulangan tarikhnya, sedar tidak sedar sudah masuk tahun empat ayah pergi meninggalkan kami semua.

Empat tahun lalu, pada tarikh ini... seluruh hidup kami pecah, dan ranap.

Al-Fatihah.

Dan, pada tepat hari ulangannya pada hari ini, keluarga mengadakan majlis tahlil untuk ayah. Semua anak-anak ayah punya kesempatan untuk berada di majlis ini.

Aku? Gagal untuk menjadi sebahagian daripada mereka di sana kerana masih bergelumang dengan urusan pekerjaan yang punya tarikh mati di hiruk pikuk kota.

Maafkan aku untuk kegagalan ini. Kegagalan yang aku sendiri  merasakan sangat terkesan. Aku sepatutnya berada di sana. Yaaa, sepetutnya.

[Kerinduan dalam sebuah doa yang sedu sedan]

Thursday, June 22, 2017

~ RAMADAN DUA PULUH TUJUH: LAMBAKAN ~

TIGA hari sebelum tiba Syawal... dan aku masih bergelumang dengan lambakan urusan pekerjaan setinggi KLCC di lantai pekerjaan. Urusan pekerjaan yang punya tarikh mati kurang lebih empat puluh lapan jam.

Gila.

Hari ini, untuk kali ketiga pada minggu yang sama, aku membuat putus untuk berbuka puasa di lantai pekerjaan kerana mahu menyudahkan segala tugasan yang terbagi tanpa sasar empat  puluh lapan yang bersisa. 

Sendirian. Dan, cukup sekadar juadah secawan dark mocha.

Gila.

Pada saat orang lain sibuk membuat persiapan raya, aku masih terkiali-kila di sini.

[Kudrat yang sekerat]

Wednesday, June 21, 2017

~ RAMADAN DUA PULUH ENAM: SESI ~

BEBERAPA hari lagi Ramadan akan berakhir dan Syawal sedang menanti untuk dirai. Sejak semalam ucap-ucapan dan sesi bermaafan sempena Aidilfitri sudah bermula, baik secara empat mata mahupun sekadar di skrin telefon bimbit untuk menjernih rasa. 

Namun, ada sesuatu yang menarik perhatian dan mngusik rasaku.

Mereka yang tidak mempunyai salah dan silap dengan kita, datang bertemu mengucap maaf dan bersalaman tanda kosong-kosong sebelum Ramadan menutup hari. Sedang yang sepatutnya perlu kepada maaf dan memaafkan secara paling benar, tidak pula berbuat demikian.

Jauh dari kelibat.

Semogalah, sempat bertemu Ramadan lagi.

[Congak]


Monday, June 19, 2017

~ RAMADAN DUA PULUH EMPAT: GELUMANG ~

MINGGU terakhir, dan ramai rakan-rakan sudah emmbuat persiapan untuk pulang beraya ke kampung halaman masing-masing.

Aku? Masih bergelumang dengan seribu satu tugasan yang berbaki.

"Bila balik raya?"Entah..""Haa, entah????

Semoga dipermudahkan segala yang merentang-rentang.

[Menunggu]

Sunday, June 18, 2017

~ RAMADAN DUA PULUH TIGA: HIBUR ~


MELUANGKAN sedikit masa untuk mencari keperluan raya ibu dan adik. Dari pagi membawa ke petang dengan segala satunya.

Meski terkejar dengan segala satu bebanan baik di lantai pekerjaan mahupun yang di legar keliling, aku berjaya juga melari buat seketika.

Semogalah dapat membuat hibur.

Terima kasih teman jiwa untuk hari ini, meski kamu itu dihadapkan aku dengan cerita yang sama, tentang orang yang sama, juga kesudahan yang sama.. kamu di situlah.  

[Sama] 

Saturday, June 17, 2017

~ RAMADAN DUA PULUH DUA: THE ALCHEMIST ~



 TAJUK: The Alchemist
 KARYA: Panlo Coelho
 TERBITAN: Editora Rocco Ltd
 CETAKAN: Pertama (1998)
 HALAMAN: 177
 HARGA: RM39.90

Friday, June 16, 2017

~ RAMADAN DUA PULUH SATU: BERBAKI ~


RAMADAN yang hanya berbaki kurang lebih seminggu. Terlalu pantas masa berlalu untuk Ramadan kali ini sehinggakan tidak tersempat memenuh atur segala yang menjadi rutin.

Sebagaimana yang selalu ada di benakku, siapa tahu kalau-kalau inilah Ramadan terakhir.

Lalu, aku sedaya cuba mencuri kesempatan untuk meluangkan waktu berbuka puasa bersama-sama seboleh yang sempat dengan mereka yang terdekat termasuk sahabat-sahabat yang sentiasa menghargai kasih sayang yang ada.

[Hal-2 kechil yang menyenang-kan]

Thursday, June 15, 2017

~ RAMADAN DUA PULUH: GULAI LEMAK TANTRUM ~


"Buka apa tadi?"
"Gulai lemak tantrum.."
"Apakah tu"

JUADAH perkataan yang sangat enak bila dimasak tanpa sukat ukur. Lalu aku melupakan Asam Pedas yang dijanjikan kakak di rumah, kerana terkesan dengan aroma Gulai Lemak Tantrum yang membuat giur. Pilihan terbaik untuk hari ini.

[Ber-selang minggu]

Tuesday, June 13, 2017

~ RAMADAN LAPAN BELAS: MASA YANG TERTANGGUH ~


BUKAN mudah untuk aku bercakap tentang soal-soal begini. Sesuatu yang selalunya dikatup kemas dari dibuat tutur. Namun, hari ini aku bercakap tentang itu tanpa sengaja. Laju dari bibir.

Bunyinya barangkali kedengaran hanya gurauan. Sementelah pada medium text aplikasi whatsapp yang barangkali nadanya boleh dibaca dan ditafsir dengan pelbagai versinya.

Namun, untuk versi aku sendiri ketika menulisnya, tidak ada sedikitpun bunyi ke arah gurauan. Tutur yang tidak tersengaja, tetapi benar dimaksudkan.

"Nnti maii laaa kg km.. ziarah kubur. Sekali pun okk"

Kami bercakap tentang usia 60 tahun. Dan, yaa... aku barangkali tidak sampai ke usia itu. Menunggu masa yang tertangguh.

Apapun, semoga.. semogalah ada ruang dipanjangkan masa yang tertangguh itu. Amin.

Sunday, June 11, 2017

~ RAMADAN ENAM BELAS: KAFKA ON THE SHORE ~

 







TAJUK: Kafka On The Shore
 KARYA: Haruki Murakami
 TERBITAN: Vintage Books
 CETAKAN: Pertama (2005)
 HALAMAN: 505
 HARGA: RM35.90

Saturday, June 10, 2017

~ RAMADAN LIMA BELAS: PERJALANAN AKHIR ~



ALFATIHAH. Selamat pergi ke dunia abadi buat tiga nama (dalam kenalku) yang telah dijanjikan Allah pada suatu detik yang dinamakan ajal pada hari semalam dan hari ini. Semoga dipermudahan perjalanannya ke sana, dan insya-ALLAH diampunkan segala dosa sepanjang hayatnya di dunia serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Awal pagi aku sempat berziarah arwah Erynn ini, memberikan penghormatan terakhir. Meski tidak terlalu rapat arwah namun hati benar-benar ingin mengiringi perjalanan akhirnya.

Setiba di masjid tempat jenazah disempurnakan, aku melihat ramai sekali yang turut hadir memberikan penghormatan terakhir, bukan hanya keluarga dan saudara terdekat, tetapi ada juga mereka yang hanya mengenalinya pada nama sahaja.

Ramai. Segenap ruang masjid penuh dengan tetamu. 

Doa. Tidak putus kebaikan arwah dibilang satu demi satu, dan yaa... ia bukan sutu cerita yang sengaja disebut-sebut atas nama kelaziman tentang si mati. Namun aku benar-benar percaya segala itu disebut dengan penuh kejujuran kasih sayang.

Betapa arwah semasa hayatnya cukup dikenali sebagai seorang yang baik hati sehingga dia cukup disenangi dalam apapun situasi. Dia disayangi, sehingga ke katup matanya untuk nafas terakhir. Pemergiaan yang ditangisi dengan penuh rasa kasih sayang.

Dalam perjalanan pulang, aku hampir sahaja mahu menangis. Sebak yang ditahan-tahan semenjak dari tadi. Sebak dari soal-soal yang aku tanyakan pada hati, bagaimana nanti saat tiba aku dijemput ke dunia abadi. 

Apakah aku diziarahi sebegini juga? Apa ada yang mengenang-mengenang aku dengan rasa kasih sayang seperti ini? Atau barangkali sudi mengiringi aku ke perjalanan terakhir?

Yaa, pengakhiran yang hanya Tuhan yang sahaja yang tahu. Namun, kasih sayang itu percuma, kebaikan juga. Memilihlah dengan pilihan.

[Alfatihah]