Sunday, February 05, 2017

~ ARE YOU TALKING ABOUT TRUST, MISLINA? ~






 Are You talking About Trust, Mislina?

KARYA: Mislina Mustafa
 TERBITAN: Thukul Chetak
 CETAKAN: Pertama (2016)
 HARGA: RM25.00

[Pengembaraan jalanan di-Amerika Selatan]

Saturday, February 04, 2017

~ TIDAK DIUNDANG ~


MIMPI. Entah bagaimana terundang di mimpi sedang aku mengingatkan diri agar tidak lagi memikirkan tentang itu.  

Tamat kisahnya.

[Cherita tanpa ber-cherita]

Friday, February 03, 2017

~ ISYARAT, PADA DETIK HENTI YANG TERTANGGUH ~


LEBIH seminggu. Lama daripada yang biasa. Perit, garau, keras dan menyempitkan ruang nafas. Sangat sempit. Semogalah tidak berulangan kejadian beberapa bulan lalu. Semogalah.

Isyarat pada dosa yang terlakukan.

[Detik henti, yang maseh ter-tanggoh]

Thursday, February 02, 2017

~ SELEPAS LIMA BULAN ~


PEMERINTAHAN baru, yang kembali kepada lama. Tersekat di sini tanpa pilihan. Keliru bagaimana untuk menafsirkan rasa menerusi reaksi yang harus diberikan pada setiap kalinya.

Gembira, sedih, senang atau apa?

Tiada jawapan. Cuma terasa seperti aku tidak akan pernah diberi rasa bebas untuk merasai apa yang ingin aku rasai.

Hadaplah. 

Kerana inilah ceritera yang perlu disempurnakan selagi aku masih lagi berada di lantai T. Pinkie ini, menari sambil mendengar kasut-kasut bercerita tentang yang namanya Gonjoloh.

[Bulan ke-enam]