Saturday, November 12, 2016

~ TIDAK PERNAH ADA TAHU ~


AKU tidak pernah tahu akan keberadaan ibunya yang kini sedang terlantar sakit. Langsung tidak ada tahu. Sementelah tempoh senyap yang lama itu telah menghentikan segala rasa peduli aku terhadap sekitar dia.

Dan, saat tertahu tanpa sengaja kala singgah perbualan santai tanpa sengaja antara dia dan seorang rakan siang tadi, aku jadi terkedu. Berdegup kencang jantung mendengar perkhabaran itu.

Maafkan aku kerana tidak tahu dan tidak mengambil tahu tentang itu. 

Meski nada dan perlakuannya santai seolah tidak ada apa, namun aku tidak dapat membayangkan kesukaran itu. Kesukaran fizikal dan mental.

Dan, yaa.. seperti terhempap rasa bersalah yang begitu keras ke dada kerana memberi beban tekanan kepadanya untuk krisis yang berlaku antara kami sebelum ini tanpa tahu dirinya sudah sedia ada tertekan dengan apa yang berlaku ke atas ibunya.

Wahai sahabat, semoga aku dimaafkan untuk itu. Maaf kerana menambah ketekanan kamu yang dalam keadaan sukar itu. Dan, aku berjanji untuk tidak akan mengambil hati lagi atas segala keremehan kamu demi soal ini.

Semogalah.

Doa. Yaa, doa aku sentiasa terkirim buat kamu dan ibu. Semoga Tuhan memberi kesembuhan dan meringankan beban sakitnya. Juga beban ketekananmu.

[Mana mungkin mampu mem-buang rasa peduli] 

No comments: