Friday, November 18, 2016

~ TIDAK PERNAH MERASA TERBEBAN ~


SISI gelap. Aku tidak pernah menilai seseorang itu untuk apa yang dia punya sama ada secara terang atau gelapnya dia.

Apa sahaja yang menjadi pilihan mahupun pegangan, terpulang kepada dia kerana aku tidak pernah mempunyai hak untuk menilai apatah lagi menghukum.

Justeru, aku tidak pernah menumbuh jelek untuk suatu hal yang tiada kebersamaan denganku, juga yang bertentangan dengan norma yang aku kira tidak perlu diacah-acah ajar.

Kita ini manusia dewasa yang sudah tahu akan baik buruknya sesuatu, yang sudah bijak menilai hitam atau putihnya sesuatu, yang sudah jelas akan sebab akibatnya sesuatu.

Semenjak dulu aku sering ditakdirkan Tuhan untuk bersekitar dengan mereka yang bertentang sifat denganku. Sama ada pertentangan prinsip atau perlakuan mahupun pertentangan hala dan kepercayaan.

Namun aku tidak pernah merasa terbeban untuk soal itu.

Cuma untuk beberapa ketika semenjak kebelakangan ini, entah kenapa situasi menjadi sedikit berbeza. Ada sedikit perasaan di mana aku merasa seperti tidak dihormati atas dasar keterbukaan yang sedikit melampau.

Aku bersahabat dengan kamu, kerana kamu itu adalah kamu. Soal selain itu, aku tidak pernah mahu membuat nilai kerana ia tidak termasuk dalam aturan persahabatan aku dan kamu.

Dan, aku tidak pernah ada walau sekalipun melihat kamu jelek hanya kerana itu. Cuma, usah terlalu mengacahkan aku. Itu sahaja.

[Kamu itu, kamu!]

No comments: