Tuesday, November 29, 2016

~ TIDAK ADA YANG MAMPU TEGUH ~


HATI dan perasaan yang tidak akan pernah mudah untuk ditafsirkan. Malah tidak ada satu prinsip pun yang mampu teguh saat mendepani soal-soal begini.

Dan, inilah yang berlaku kepada sahabat, Aqua.

Hampir sebulan dia senyap. Semua akaun laman sosialnya tersadai dan tidak dikemas kini lebih sebulan lalu. Telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi. 

Dia hilang setelah dipersalahkan kerana kononnya menjalin cinta dengan lelaki yang berstatus suami orang. Dikecam dengan pelbagai kata nista yang berbaur penghinaan.

Telefon bimbitku tidak henti mendapat kiriman pesanan yang cuba bertanya sejauh manakah kebenaran cerita yang sampai kepada    mereka itu.

Aku tidak berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan, mengiya atau menafikan meski yang bertanya-tanya itu dalam kalangan sahabat kami berdua juga.

Usahlah mudah kita menuding jari dan mencari salah siapa. Soal hati dan perasaan bukanlah mampu dihidup matikan semudah menekan remote di tangan.

Nasib dan rezeki di luar tentuan kita. Barangkali kita bernasib baik kerana disenangi dalam soal ini, namun mungkin tidak kepada orang lain yang berdepan uji yang mereka sendiri juga tidak sangkakan.

Justeru, berhentilah menghukum.

Aqua menghubungiku pagi semalam. Rupa-rupanya kita ini berada di Amerika Selatan. Bercuti sekaligus melawat bapanya yang bekerja dan menetap di sana.

[Tidak seperti yang ter-lihat]

No comments: