Wednesday, November 02, 2016

~ SEMOGA DIPUNYAKAN KESEMBUHAN ~


MALAM tadi, aku menerima berita mengejutkan tentang seorang teman lama yang khabarnya sedang sakit dan bertarung nyawa di unit Rawatan rapi, sebuah hospital di ibu kota.

Sakit apa?

Sakit orang kita yang aku kira sudah tidak wujud lagi pada zaman keberadaan hari ini. Namun, manusia tetaplah manusia yang sentiasa ada sifat bertentangan untuk segala satu alasan yang 'halal' untuk mereka.

Sebagaimana yang diminta si pemegang amanah, aku menyimpan berita ini hanya untuk tahu sendiri sahaja. Aku cuba menghormati permintaan meski jauh di sudut hati merasakan adalah perlu rakan-rakan lain turut tahu akan situasinya yang sangat kritikal ini.

Menumpang doa rakan-rakan semoga diringankan kesakitan dan dipermudahkan kesembuhan. 

Aku tiba di lantai rumah putih sekitar jam 6.20 petang. Seorang diri. Lelah dek terkial-kial mencari lokasi dia ditempatkan, sementelah rumah ia merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini setelah 10 tahun berlalu.

Setelah beberapa ketika, aku dibawa ke Unit Rawatan Rapi, di tingkat tiga, katil 30. Hampir rebah aku saat melihat sekujur tubuh yang berselirat dengan wayar melengkapi seluruhnya dia selain beberapa mesin pelbagai fungsi di sebelahnya.

Matanya terkatup rapat. Dadanya turun naik. Pernafasannya yang tergantung kepada mesin bantuan. Hampir aku tidak dapat mengenali dirinya dengan wajah yang begitu cengkung dan badan yang kurus menipis.

Aku cuba beragak tenang. Sedang yang di dalam sana sudah berkocak menahan sebak.

Aku gagahkan diri untuk berbual-bual denganya. Meski dia kaku di situ, aku yakin dia mampu mendengar. Beberapa kata semangat aku tuturkan. Tidak tersusun kerana aku melepaskan apa sahaja yang terfikir di kepala saat itu.

Saat aku menutur-nutur sendiri itu, kelihatan seperti ada air mata yang mengalir menuruni kelopak matanya. Dan, saaat itu jugalah tangisku pecah memenuh genap ruang sempit itu.

Ya Allah... aku tidak seharusnya bersikap begini di depan dia yang saat itu sedang bertarung dengan kesakitannya.

Aku segera keluar untuk menenangkan diri dan sekaligus meminta diri. Laju aku berjalan tanpa membuat peduli pada kiri dan kananku kerana masih ada tangisan yang berbungkam dan mahu pecah.

Sekali lagu air meta deras menurun wajah saat aku menunggu lift membawa turun. Aku tahu ramai yang memerhati saat itu, namun tangisan itu tidak mampu ditahan sorok dan semestinya itu bukan kelakuan selaluku.

Tuhan, semogalah kau mendengar doa dia dan doa kami. Semogalah dikurangkan sakit dan penderitaannya. Semogalah ada kesembuhan untuknya. 

Amin.

[Rasa-rasa keras]

No comments: