Friday, November 11, 2016

~ NOTIFIKASI ~


AWAL bulan lalu, aku diberi tugasan untuk berurus pekerjaan dengan seorang ibu ini. Ibu yang namanya cukup tersohor di dada akhbar.

Pada akhir tugasan, dia memberikan beberapa nombor peribadinya. Malah secara terangan memberitahu dan meminta aku menghubunginya pada bila-bila masa sahaja meskipun tidak berkait tentang urus pekerjaan.

Aku menyambut baik pelawaannnya.

Selang sehari hari selepas urusan itu, dia menghubungiku. Beberapa kali. Namun panggilan itu tidak aku sambut kerana kebetulan sepanjang hari itu aku terikat dengan urusan perkerjaan yang panjang, sementelah telefon bimbitku sentaisa berada di dalam 'mode senyap' setiap kali di lantai pekerjaan.

Justeru aku sememangnya tidak menyedari ada notifikasi penggilan daripadanya.

Berselang itu, dia mengirimkan pesanan mesej. Bunyinya seperti berkecil hati atas 'ketidakpedulianku'. Haihlah ibu..

Bermula detik itu sehingga saat ini, hampir setiap hari dia mengirimkan pesanan. Lazimnya pada setiap awal pagi. Sesekali aku membalas, ada ketika hanya membaca. 

Hatinya penuh kasih sayang. namun seperti ada sesuatu yang sedang berkocak di hatinya. Barangkali, aku tidak tahu untuk membaca segala rasa itu. Apatah lagi menghibur duka laranya. 

Semogalah Allah memberikan yang terbaik buatnya, sentiasa dilindungi dan diberkati perjalanan hidupnya.

Aminn.

[Per-cuma]

No comments: