Saturday, November 26, 2016

~ KE UTARA SEMENANJUNG TANAH AIR ~


URUSAN pekerjaan atas pilihan yang sebenarnya tanpa pilihan. Pada awalnya aku bercadang untuk memandu sendiri sahaja ke sana. Lebih mudah barangkali.

Namun, dihalang ibu yang kurang senang melihat aku membuat berani begitu. Berkajangan sebab dan alasan dibentang sebagai sokongan kebenaran kata-katanya.

Justeru, terlanjur sudah memberitahunya terlebih dahulu, aku akur sahaja. 

Terima kasih untuk mereka yang siap siaga mengangkat tangan untuk membuat teman untuk sesi itu. Namun ia tidak mudah untuk aku yang terlalu pemilih. Apatah lagi untuk kerja luar daerah yang berjarak jauh begini. Hanya selesa dengan mereka yang tertentu yang aku kira hanya terbilang jari.

Dan, akhirnya si tsunami itu jugalah yang menjadi tempat mengharap bantu. Sungguhpun dia suka menyakitkan hati, namun dalam soal begini dia baik-baik sahaja membuat angguk meski dengan mulut yang tanpa henti merungut.

Yaa, antara sahabat baik terpunya aku dalam segala koyak rabaknya kami.  

Terima kasih.

Kami menggelengkan kepala. Perjalanan lebih lapan jam untuk urusan pekerjaan yang hanya berlangsung kurang lebih tiga jam. Kuala Lumpur-Kedah-Kuala Lumpur. 

Apapun, hari ini hari mereka. Siapa tahu, esok-esok berganti kita.

[Ke-manusia-an dan per-sahabat-an]

No comments: