Wednesday, November 30, 2016

Tuesday, November 29, 2016

~ TIDAK ADA YANG MAMPU TEGUH ~


HATI dan perasaan yang tidak akan pernah mudah untuk ditafsirkan. Malah tidak ada satu prinsip pun yang mampu teguh saat mendepani soal-soal begini.

Dan, inilah yang berlaku kepada sahabat, Aqua.

Hampir sebulan dia senyap. Semua akaun laman sosialnya tersadai dan tidak dikemas kini lebih sebulan lalu. Telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi. 

Dia hilang setelah dipersalahkan kerana kononnya menjalin cinta dengan lelaki yang berstatus suami orang. Dikecam dengan pelbagai kata nista yang berbaur penghinaan.

Telefon bimbitku tidak henti mendapat kiriman pesanan yang cuba bertanya sejauh manakah kebenaran cerita yang sampai kepada    mereka itu.

Aku tidak berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan, mengiya atau menafikan meski yang bertanya-tanya itu dalam kalangan sahabat kami berdua juga.

Usahlah mudah kita menuding jari dan mencari salah siapa. Soal hati dan perasaan bukanlah mampu dihidup matikan semudah menekan remote di tangan.

Nasib dan rezeki di luar tentuan kita. Barangkali kita bernasib baik kerana disenangi dalam soal ini, namun mungkin tidak kepada orang lain yang berdepan uji yang mereka sendiri juga tidak sangkakan.

Justeru, berhentilah menghukum.

Aqua menghubungiku pagi semalam. Rupa-rupanya kita ini berada di Amerika Selatan. Bercuti sekaligus melawat bapanya yang bekerja dan menetap di sana.

[Tidak seperti yang ter-lihat]

Monday, November 28, 2016

~ SEHINGGA TUTUP OPERASI ~


USAI urus pekerjaan, aku mencari tenang sambil menghirup secawan mocha di kedai kopi selalu. 
Banyak selirat yang bersimpul seratus membuat resah benak.

Setepat jam lapan, pesanan mesej dari si Leo mengisi skrin telefon bimbit. Kurang lebih 20 minit, wajahnya sudah terpacul di depanku.

Bukan kerana secawan mocha, tidak juga kerana aroma yang memenuh segenap ruang. Namun, dia mahu berkongsi selirat yang juga membuat simpul kepadanya dengan begitu kusut. Sama, tapi tidak serupa.

Dan, aku memberi laluan kepadanya. Mendengar dan sesekali bersuara memberi pendangan sehingga kedai kopi menutup operasi.

Pulang ke rumah, dan aku masih dengan seliratku.

[Men-dahulu]

Sunday, November 27, 2016

~ CERTAIN GIRLS ~

 





Certain Girls

 KARYA: Jennifer Weiner
 TERBITAN: Pocket Book & Designs
 CETAKAN: Pertama (2008)
 HALAMAN: 407
 HARGA: £6.99

[Me]

Saturday, November 26, 2016

~ KE UTARA SEMENANJUNG TANAH AIR ~


URUSAN pekerjaan atas pilihan yang sebenarnya tanpa pilihan. Pada awalnya aku bercadang untuk memandu sendiri sahaja ke sana. Lebih mudah barangkali.

Namun, dihalang ibu yang kurang senang melihat aku membuat berani begitu. Berkajangan sebab dan alasan dibentang sebagai sokongan kebenaran kata-katanya.

Justeru, terlanjur sudah memberitahunya terlebih dahulu, aku akur sahaja. 

Terima kasih untuk mereka yang siap siaga mengangkat tangan untuk membuat teman untuk sesi itu. Namun ia tidak mudah untuk aku yang terlalu pemilih. Apatah lagi untuk kerja luar daerah yang berjarak jauh begini. Hanya selesa dengan mereka yang tertentu yang aku kira hanya terbilang jari.

Dan, akhirnya si tsunami itu jugalah yang menjadi tempat mengharap bantu. Sungguhpun dia suka menyakitkan hati, namun dalam soal begini dia baik-baik sahaja membuat angguk meski dengan mulut yang tanpa henti merungut.

Yaa, antara sahabat baik terpunya aku dalam segala koyak rabaknya kami.  

Terima kasih.

Kami menggelengkan kepala. Perjalanan lebih lapan jam untuk urusan pekerjaan yang hanya berlangsung kurang lebih tiga jam. Kuala Lumpur-Kedah-Kuala Lumpur. 

Apapun, hari ini hari mereka. Siapa tahu, esok-esok berganti kita.

[Ke-manusia-an dan per-sahabat-an]

Friday, November 25, 2016

~ BERSIH ~


CUAI. Sebenarnya keperluannya hanya untuk memindahkan nombor dari 4S kepada 6, dan 6 kepada 7. Hanya sesimple itu. Tidak ada gesaan, malah tidak perlu pun untuk bersegera kerana ia bukanlah keperluan utama.

Namun kerana kalut diri dan setelah lebih dua bulan tertangguh-tangguh, aku memutus untuk membuat selesai pada hari ini sahaja.

Tidak sampai lima belas minit, segalanya diuruskan sang pakar dengan begitu cantik dan bersih. Dan, aku kira semuanya selesai.

Tanpa aku sedari sebenarnya, aku bukan hanya membersihkan nombornya, segala segala satu yang ada di dalamnya termasuk sederetan urusan kerja yang tidak aku simpankan dia ke tempat sepatut terlebih dahulu.

Ya Allah..

Urusan kerja yang maha penting dan tidak dapat diperoleh kembali dengan mudah. Bukan satu, bukan dua... tetapi sederetan kerja penting!!!

Terduduk. Marahkan diri sendiri. Cuai diri yang sering sahaja mendominasi semenjak beberapa waktu kebelangan ini. Sakit hati.

Namun tiada apa yang boleh dilakukan, melainkan pasrah.

Huh!

[Kalot] 

Thursday, November 24, 2016

Wednesday, November 23, 2016

Tuesday, November 22, 2016

~ KEPINGAN KECIL ~



HAL-HAL kecil yang tanpa disangka mampu memberikan kegembiraan kepada orang lain. Soal mudah yang seringkali kita lupakan, sedangkan ia tidak pernah sukar untuk dilakukan.

[Sahabat]

Monday, November 21, 2016

~ KONSERT WAJAH, KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA ~












KOIR Kebangsaan Malaysia memang merupakan satu kumpulan koir unik yang menjadi kegemaranku semenjak sekian lama. Selama lebih enam tahun aku mengikuti perkembangan dan tidak pernah sekali terlepas konsert mereka.

Termasuklah yang terbaru, Konsert Wajah, P. Ramlee yang berlangsung di Melaka, Ipoh dan penutupnya di Kuala Lumpur. 

Konsert Wajah mengangkat himpunan lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee untuk dipersembahkan dalam genre muzik baru yang sangat mengasyikkan. Apatah lagi dengan kewibawaan KKM di bawah pimpinan penyanyi dan guru vokal tersohor, Syafinaz Selamat.

Sepanjang hampir dua jam setengah persembahan berlangsung, mereka menyampaikan 21 buah lagu P. Ramlee yang dipilih dan digubah semula kepada pelbagai genre muzik seperti jazz, tango, klasik, accapela dan sebagainya.

Bayangkan bagaimana lagu-lagu indah seperti Getaran Jiwa, Bertemasya, Azizah, Gelora, Di Mana Kan Ku Cari Ganti, Bunyi Gitar, Tunggu Sekejap, Madu Tiga, Dengar Ini Cerita, Menceceh Bujang Lapok, Berkorban Apa Sahaja, Ali Baba dan sebagainya digubah semula serta diberi nafas baru menerusi pelbagai genre muzik semasa.

Apatah lagi 22 orang ahli koir yang terlibat ternyata memberikan persembahan yang sangat hebat dan mengasyikkan. 

Tahniah untuk KKM yang tidak pernah gagal memberikan persembahan terbaik  dalam setiap konsert yang melibatkan mereka.

[Tahniah Syafinaz Selamat]

Sunday, November 20, 2016

~ BULAN TERBELAH DI LANGIT AMERIKA ~








Bulan Terbelah Di Langit Amerika

KARYA: Hanum Salsabiela Rais & Rangga Almahendra
TERBITAN: PT Gramedia Pustaka Utama
CETAKAN: Pertama (Mei 2014), Kelapan (April 2015), Ke-9 (Ogos 2015) & Ke-10 (Mei 2016)
HALAMAN: 343
HARGA: RM35.00

[Cinta]

Saturday, November 19, 2016

~ SELAMAT HARI ULANG TAHUN MR SEPET ~


19 NOVEMBER. Selamat hari ulang tahun kelahiran wahai teman jiwa. Semoga pertambahan usia kedewasaan ini, akan lebih memberi bahagia dan kemudahan hidup yang lebih manis.

Aku sering sahaja menjadi tidak tahu menulis jika ia untuk kamu. 

Kerana bicara untuk kamu itu lebihnya kepada bicara di dalam hati sana. Malah aku juga pasti kamu juga mengerti apa yang aku ingin katakan meski tidak pada tutur.

Semogalah. Semogalah hidup kamu dan hidup kita berjalan atas restu.

Happy birthday to you mr sepet.

[Semoga-lah..]

Friday, November 18, 2016

~ TIDAK PERNAH MERASA TERBEBAN ~


SISI gelap. Aku tidak pernah menilai seseorang itu untuk apa yang dia punya sama ada secara terang atau gelapnya dia.

Apa sahaja yang menjadi pilihan mahupun pegangan, terpulang kepada dia kerana aku tidak pernah mempunyai hak untuk menilai apatah lagi menghukum.

Justeru, aku tidak pernah menumbuh jelek untuk suatu hal yang tiada kebersamaan denganku, juga yang bertentangan dengan norma yang aku kira tidak perlu diacah-acah ajar.

Kita ini manusia dewasa yang sudah tahu akan baik buruknya sesuatu, yang sudah bijak menilai hitam atau putihnya sesuatu, yang sudah jelas akan sebab akibatnya sesuatu.

Semenjak dulu aku sering ditakdirkan Tuhan untuk bersekitar dengan mereka yang bertentang sifat denganku. Sama ada pertentangan prinsip atau perlakuan mahupun pertentangan hala dan kepercayaan.

Namun aku tidak pernah merasa terbeban untuk soal itu.

Cuma untuk beberapa ketika semenjak kebelakangan ini, entah kenapa situasi menjadi sedikit berbeza. Ada sedikit perasaan di mana aku merasa seperti tidak dihormati atas dasar keterbukaan yang sedikit melampau.

Aku bersahabat dengan kamu, kerana kamu itu adalah kamu. Soal selain itu, aku tidak pernah mahu membuat nilai kerana ia tidak termasuk dalam aturan persahabatan aku dan kamu.

Dan, aku tidak pernah ada walau sekalipun melihat kamu jelek hanya kerana itu. Cuma, usah terlalu mengacahkan aku. Itu sahaja.

[Kamu itu, kamu!]

Thursday, November 17, 2016

Wednesday, November 16, 2016

~ LUAR DARI SELALU ~


LAMA kami tidak bersua. Urus pekerjaan yang mengikat, apatah lagi dia juga kini banyak menghabiskan masa di luar negara dengan aktiviti sukannya kami semakin jarang bertemu muka.

Cuma tadi, entah bagaimana kami bertembung di satu ruang santai. Masing-masing menyapa. Berbual. Pendek sahaja seperti selalu. Sementelah baik aku mahupun dia sejenis yang penyenyap. Maka perbualan kami lebih kepada bahasa senyap.

Wajahnya merah padam apabila aku mengucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran yang bakal diraikan hujung minggu ini. Barangkali dia tidak menyangka aku membuat ingat hari istimewanya itu.

"I takut kalau tiba-tiba esok mati, tanpa sempat buat apa-apa. Kita tak tahukan apa akan jadi kat kita esok.. Dulu I tak fikir sangat kerana bagi I, semua orang pun akan mati.. Tapi tak tahulah kenapa sekarang I selalu fikir. Bukan sebab dah makin tua. Or mungkin sebab memang dah dekat nak mati. Jadi perasaan itu ada.."

Diam. Beberapa ketika kami membiarkan kebisingan keliling mendominasi ruang.

Aku tidak membalas apa-apa, hanya menguntum senyum tanda memahami bahasa mudahnya yang tanpa selindung itu.

Buat pertama kalinya lelaki Tionghua ini menutur bicara begitu. Bicara tentang soal selain urus pekerjaan dan aktiviti obses dia yang selalu. Bicara tentang hal kerohanian menurut yang terbawa dalam agama dan kepercayaannya.

Buat pertama kalinya dia bercakap tentang soal yang begitu serius, tentang kematian. Tentang soal yang barangkali jarang sekali kita kongsi bicara sama mereka yang tidak dekat dengan kita.

Dan, yaa... kami hanya kenal atas urusan pekerjaan. Terlalu jarang bertemu muka, apatah lagi berhubung di luar urus perlu begitu.

Lalu, bicara beratnya itu sedikit mengejutkan aku. Malah sehingga pulang, sehingga saat ingin meletak lena, bicara itu masih terngiang di telingaku.

Aku juga sebenarnya terfikirkan tentang itu untuk diriku.

Tentang kematian, tentang ketidaksempatanku untuk memberi bahagia pada mereka yang dimahu. Tentang ajal yang tertunda-tunda semenjak sekian lama.

Semogalah, aku dirahmati sehingga hujung nafas yang dijanjikan. Amin.

[Hingga Saat itu]

Tuesday, November 15, 2016

Monday, November 14, 2016

~ SUPERMOOON, DAN HATI KAMI ~


SUPERMOON merupakan satu fenomena astronomi di mana bulan akan berada di kedudukan yang paling hampir dengan bumi (Perigee). Bulan akan kelihatan 14% lebih besar daripada biasa.

Kali ini, ia merupakan Supermoon yang sangat luar biasa kerana kedudukan bulan dikatakan berada paling dekat dengan bumi semenjak 68 tahun yang lalu.

Justeru itu, aku memenuh janji untuk menonton kejadian menakjubkan ini bersama si kecil yang beriya-iya menunggu saat ini sebaik sahaja tahu tentang apa itu Supermoon.

Usai urusan di lantai pekerjaan, aku terus berkejaran pulang untuk menjemputnya. Kami ke jambatan naga, lokasi terbaik untuk menyaksikan fenomena hebat ini. Namun keterujaannya semakin menipis apabila Supermoon tidak keluar menonjolkan diri. 

Barangkali merajuk kerana keadaan cuaca yang tidak begitu menyebelahi semenjak petang tadi yang menyaksikan langit tumpah dengan hebatnya. Langit hitam menutur seluruh ruang yang ada, malah menutup juga Supermoon untuk keluar menunjukkan wajah.

Kami berdua sama-sama kecewa. 

Pada akhirnya hanya mendongak ke langit hitam. Tidak terkalih. Sambil mengira-ngira waktu, sambil masih mengharap-harap lagi.

Supermoon. Dan, hati kami.

[Menunggu]

Sunday, November 13, 2016

~ JASMINE ON THE 4TH FLOOR ~

 





Jasmine On The 4th Floor

 KARYA: MacLean Patrick
 TERBITAN: Alaf 21
 CETAKAN: Pertama (2008)
 HALAMAN: 202
 HARGA: RM10.00

[Paket]

Saturday, November 12, 2016

~ TIDAK PERNAH ADA TAHU ~


AKU tidak pernah tahu akan keberadaan ibunya yang kini sedang terlantar sakit. Langsung tidak ada tahu. Sementelah tempoh senyap yang lama itu telah menghentikan segala rasa peduli aku terhadap sekitar dia.

Dan, saat tertahu tanpa sengaja kala singgah perbualan santai tanpa sengaja antara dia dan seorang rakan siang tadi, aku jadi terkedu. Berdegup kencang jantung mendengar perkhabaran itu.

Maafkan aku kerana tidak tahu dan tidak mengambil tahu tentang itu. 

Meski nada dan perlakuannya santai seolah tidak ada apa, namun aku tidak dapat membayangkan kesukaran itu. Kesukaran fizikal dan mental.

Dan, yaa.. seperti terhempap rasa bersalah yang begitu keras ke dada kerana memberi beban tekanan kepadanya untuk krisis yang berlaku antara kami sebelum ini tanpa tahu dirinya sudah sedia ada tertekan dengan apa yang berlaku ke atas ibunya.

Wahai sahabat, semoga aku dimaafkan untuk itu. Maaf kerana menambah ketekanan kamu yang dalam keadaan sukar itu. Dan, aku berjanji untuk tidak akan mengambil hati lagi atas segala keremehan kamu demi soal ini.

Semogalah.

Doa. Yaa, doa aku sentiasa terkirim buat kamu dan ibu. Semoga Tuhan memberi kesembuhan dan meringankan beban sakitnya. Juga beban ketekananmu.

[Mana mungkin mampu mem-buang rasa peduli] 

Friday, November 11, 2016

~ NOTIFIKASI ~


AWAL bulan lalu, aku diberi tugasan untuk berurus pekerjaan dengan seorang ibu ini. Ibu yang namanya cukup tersohor di dada akhbar.

Pada akhir tugasan, dia memberikan beberapa nombor peribadinya. Malah secara terangan memberitahu dan meminta aku menghubunginya pada bila-bila masa sahaja meskipun tidak berkait tentang urus pekerjaan.

Aku menyambut baik pelawaannnya.

Selang sehari hari selepas urusan itu, dia menghubungiku. Beberapa kali. Namun panggilan itu tidak aku sambut kerana kebetulan sepanjang hari itu aku terikat dengan urusan perkerjaan yang panjang, sementelah telefon bimbitku sentaisa berada di dalam 'mode senyap' setiap kali di lantai pekerjaan.

Justeru aku sememangnya tidak menyedari ada notifikasi penggilan daripadanya.

Berselang itu, dia mengirimkan pesanan mesej. Bunyinya seperti berkecil hati atas 'ketidakpedulianku'. Haihlah ibu..

Bermula detik itu sehingga saat ini, hampir setiap hari dia mengirimkan pesanan. Lazimnya pada setiap awal pagi. Sesekali aku membalas, ada ketika hanya membaca. 

Hatinya penuh kasih sayang. namun seperti ada sesuatu yang sedang berkocak di hatinya. Barangkali, aku tidak tahu untuk membaca segala rasa itu. Apatah lagi menghibur duka laranya. 

Semogalah Allah memberikan yang terbaik buatnya, sentiasa dilindungi dan diberkati perjalanan hidupnya.

Aminn.

[Per-cuma]

Thursday, November 10, 2016

Wednesday, November 09, 2016

Tuesday, November 08, 2016

Monday, November 07, 2016

Sunday, November 06, 2016

Saturday, November 05, 2016

~ THE PROMISE ~





The Promise

 KARYA: Rajab Darhaman
 TERBITAN: Alaf 21
 CETAKAN: Pertama (2009)
 HALAMAN: 233
 HARGA: RM11.00

[Timbang kati]

Thursday, November 03, 2016

Wednesday, November 02, 2016

~ SEMOGA DIPUNYAKAN KESEMBUHAN ~


MALAM tadi, aku menerima berita mengejutkan tentang seorang teman lama yang khabarnya sedang sakit dan bertarung nyawa di unit Rawatan rapi, sebuah hospital di ibu kota.

Sakit apa?

Sakit orang kita yang aku kira sudah tidak wujud lagi pada zaman keberadaan hari ini. Namun, manusia tetaplah manusia yang sentiasa ada sifat bertentangan untuk segala satu alasan yang 'halal' untuk mereka.

Sebagaimana yang diminta si pemegang amanah, aku menyimpan berita ini hanya untuk tahu sendiri sahaja. Aku cuba menghormati permintaan meski jauh di sudut hati merasakan adalah perlu rakan-rakan lain turut tahu akan situasinya yang sangat kritikal ini.

Menumpang doa rakan-rakan semoga diringankan kesakitan dan dipermudahkan kesembuhan. 

Aku tiba di lantai rumah putih sekitar jam 6.20 petang. Seorang diri. Lelah dek terkial-kial mencari lokasi dia ditempatkan, sementelah rumah ia merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini setelah 10 tahun berlalu.

Setelah beberapa ketika, aku dibawa ke Unit Rawatan Rapi, di tingkat tiga, katil 30. Hampir rebah aku saat melihat sekujur tubuh yang berselirat dengan wayar melengkapi seluruhnya dia selain beberapa mesin pelbagai fungsi di sebelahnya.

Matanya terkatup rapat. Dadanya turun naik. Pernafasannya yang tergantung kepada mesin bantuan. Hampir aku tidak dapat mengenali dirinya dengan wajah yang begitu cengkung dan badan yang kurus menipis.

Aku cuba beragak tenang. Sedang yang di dalam sana sudah berkocak menahan sebak.

Aku gagahkan diri untuk berbual-bual denganya. Meski dia kaku di situ, aku yakin dia mampu mendengar. Beberapa kata semangat aku tuturkan. Tidak tersusun kerana aku melepaskan apa sahaja yang terfikir di kepala saat itu.

Saat aku menutur-nutur sendiri itu, kelihatan seperti ada air mata yang mengalir menuruni kelopak matanya. Dan, saaat itu jugalah tangisku pecah memenuh genap ruang sempit itu.

Ya Allah... aku tidak seharusnya bersikap begini di depan dia yang saat itu sedang bertarung dengan kesakitannya.

Aku segera keluar untuk menenangkan diri dan sekaligus meminta diri. Laju aku berjalan tanpa membuat peduli pada kiri dan kananku kerana masih ada tangisan yang berbungkam dan mahu pecah.

Sekali lagu air meta deras menurun wajah saat aku menunggu lift membawa turun. Aku tahu ramai yang memerhati saat itu, namun tangisan itu tidak mampu ditahan sorok dan semestinya itu bukan kelakuan selaluku.

Tuhan, semogalah kau mendengar doa dia dan doa kami. Semogalah dikurangkan sakit dan penderitaannya. Semogalah ada kesembuhan untuknya. 

Amin.

[Rasa-rasa keras]

Tuesday, November 01, 2016