Friday, October 21, 2016

~ MAKAN TENGAHARI ~

 
 
BILA orang gila bertemu dengan orang 'gila', maka kerja-kerja 'gila' menjadi begitu dekat tanpa sebarang 'kegilaan' rasa bersalah.
 
"Awak, ada ofis tak.. jom lunch"
"Kat mana dah"
"10 minit sy sampai"
"Tanak makan kat cafe dah muak.."
"Hahaha.. baiklah"
 
Kebetulan membuat urusan pekerjaan di jalan Ampang yang juga berdekatan dengan lantai pekerjaan si Leo yang sudah 'enam tahun' tidak membuat sua.
 
Dari tujuan asal yang hanya mahu makan tengahari di jalan Genting Klang, ke Keramat mencari pokok bunga, bersambung ke butik Zara memenuhkan ingin, sehingga singgah menonton The Accountant di Mid Valley.
 
Ya, dalam waktu pekerjaan.
 
Entah apa yang membuat rasuk, aku menurut sahaja tanpa ada bantah. Ke sana sini sambil saling bertukar cerita 'enam tahun' yang tidak terkongsi. Betapa banyaknya perkara yang berubah dalam tempoh itu. Betapa banyaknya kami tertinggal soal-soal yang seharusnya tidak kami cicirkan.
 
Dan, perubahan yang sentiasa ada seiring dengan masa yang pantas bergerak. Hari ini masih ada, barangkali tidak esok. Begitulah sebaliknya.
 
"Awak biar betul selamba tak masuk ofis ni"
"Ehh.. Ok jer laa.. diorang tahu saya keluar lunch"
"Yup diorang tahu awk keluar lunch, tapi diorang tak tahu awak pergi beli pokok, pegi wayang dan lain-lain"
"Hahaha.. biarlah.. siapa suruh awak datang ajak sy lunch"
"Hahaha.."
 
Wahai sahabat, terima kasih kerana kita bersahabat atas dasar persahabatan.
 
[Si penakut Scorpio]

No comments: