Monday, October 31, 2016

~ BERSEDERHANALAH ~


MENGAMBIL berat, dan aku okay. Namun entah kenapa beberapa waktu kebelakangan ini tahap mengambil berat itu seperti semakin memberat. 

Bukan tidak menghargai, tetapi apabila ia dilakukan secara berlebihan (barangkali) ia membuatkan aku merasa kurang senang (tanpa disengajakan).

Dan, itu yang aku rasakan saat ini.

Kekok dengan layanan sebegitu daripada manusia yang tidak dalam lingkungan dekat-dekat. 

Bersederhanalah.. Bukankah lebih aman begitu.

[Aman] 

Sunday, October 30, 2016

~ 30 OKTOBER DAN MR. LEGOMAN ~


30 OKTOBER. Tarikh yang sebelum ini menjadi keraian setiap tahun. Selamat hari ulang tahun Mr. Legoman.

Semoga kamu tenang bersemadi di sana dalam rahmat Allah S.W.T.

Dan, hari ini aku berada di pusaramu untuk bersekejapan menutur bual sama kamu sebagaiamana selalu.

Begitulah waktu yang pernah ada.

[AlFatihah]

Friday, October 28, 2016

~ PENUNGGU ~


PENUNGGU. Setiap kali aku mengatur langkah ke ruang pekerjaan, setiap kali itulah aku terlihat dia. Merenung.

Di ruang jalan. Di depan pintu utama. Di depan lift.

Hampir setiap hari semenjak aku di lantai sebelah sini sehingga ke hari ini, kelibatnya sering membuat ganggu.

Penunggu. Dan, kita tidak pernah saling menyukai.

[Si kucing ]

Thursday, October 27, 2016

Wednesday, October 26, 2016

Tuesday, October 25, 2016

~ PADA LANGIT ~


TEMAN jiwa, aku, kakak dan Tsunami. Suatu hal yang tidak pernah punya kesudahan. Dan, kerana jawapannya hanya tertulis pada langit.

Aku sentiasa membuat dongak, pada saat langit biru, langit merah, langit hitam dan segala satu warnanya.

Untuk membaca tulisan itu.

[Ceritera] 

Monday, October 24, 2016

~ LELAKI TERAKHIR YANG MENANGIS DI BUMI ~






Lelaki Terakhir Yang Menangis Di Bumi

KARYA: M. Aan Mansyur
TERBITAN: PT Gramedia Pustaka Utama
CETAKAN: Pertama (2015) & Kedua (2016)
HALAMAN: 260
HARGA: RM30.00

[Di-sebalik]

Sunday, October 23, 2016

~ PADA SUATU KEJADIAN AKU ~



DETIK ulangan untuk hari pertama mengenal dunia dan menatap senyum ayahbonda yang terpaling manis di dunia.

Dan, segala satunya.

Terima kasih ibu kerana berjuang mempertaruh nyawamu untuk melihat wujudnya aku. Dan, sehingga hari ini tidak pernah lelah membuat aku sentiasa rasa dipunya atas hal yang bernama kasih sayang.

Dan, Tuhan.. alhamdulillah. Terima kasih untuk nafas yang masih diizinkan ini. Juga untuk kesihatan yang dipanjang-panjangkan sehingga saat aku menulis di sini.

[Terima kasih juga untuk sahabat-2 atas ingatan tanda kasih yang sentiasa ada mekar]

Saturday, October 22, 2016

~ JUTAWAN PADA RASA ~




 



 




MENGHABIS separuh hari dengan rasa-rasa yang senang di Art Expo Malaysia 2016 yang berlangsung di Matrade Exhibition & Convention Centre, Jalan Sultan Hj. Ahmad Shah, Kuala Lumpur sejak 20 Oktober lalu dan akan berakhir esok.

Melarutkan. Apatah lagi dengan penglibatan lebih 60 galeri seni ternama dari 30 buah negara menerusi lebih dua ribu karya seni termasuk lukisan dan arca.
Hal-hal bahagia yang begitu mudah buat aku.
 
Terima kasih untuk yang sudi meneman dan mengerti tanpa sebarang unsur-unsur jelek. Meski  barangkali  dia meneman untuk sebuah senyuman.
 
:)
 
[Ke-langit] 

Friday, October 21, 2016

~ MAKAN TENGAHARI ~

 
 
BILA orang gila bertemu dengan orang 'gila', maka kerja-kerja 'gila' menjadi begitu dekat tanpa sebarang 'kegilaan' rasa bersalah.
 
"Awak, ada ofis tak.. jom lunch"
"Kat mana dah"
"10 minit sy sampai"
"Tanak makan kat cafe dah muak.."
"Hahaha.. baiklah"
 
Kebetulan membuat urusan pekerjaan di jalan Ampang yang juga berdekatan dengan lantai pekerjaan si Leo yang sudah 'enam tahun' tidak membuat sua.
 
Dari tujuan asal yang hanya mahu makan tengahari di jalan Genting Klang, ke Keramat mencari pokok bunga, bersambung ke butik Zara memenuhkan ingin, sehingga singgah menonton The Accountant di Mid Valley.
 
Ya, dalam waktu pekerjaan.
 
Entah apa yang membuat rasuk, aku menurut sahaja tanpa ada bantah. Ke sana sini sambil saling bertukar cerita 'enam tahun' yang tidak terkongsi. Betapa banyaknya perkara yang berubah dalam tempoh itu. Betapa banyaknya kami tertinggal soal-soal yang seharusnya tidak kami cicirkan.
 
Dan, perubahan yang sentiasa ada seiring dengan masa yang pantas bergerak. Hari ini masih ada, barangkali tidak esok. Begitulah sebaliknya.
 
"Awak biar betul selamba tak masuk ofis ni"
"Ehh.. Ok jer laa.. diorang tahu saya keluar lunch"
"Yup diorang tahu awk keluar lunch, tapi diorang tak tahu awak pergi beli pokok, pegi wayang dan lain-lain"
"Hahaha.. biarlah.. siapa suruh awak datang ajak sy lunch"
"Hahaha.."
 
Wahai sahabat, terima kasih kerana kita bersahabat atas dasar persahabatan.
 
[Si penakut Scorpio]

Thursday, October 20, 2016

~ TANPA BEZA SIANG DAN MALAM ~

 
DUA puluh empat jam tanpa lelap. Ya, sehingga saat ini. Memulakan hari baru tanpa beza siang dan malam.
 
Entah mengapa aku menjadi semakin tidak tahu menguruskan masa dengan mengikut keperluan yang termudah.
 
Segala terasa tidak tercukup, tidak terkejar dan dan tidak terselesa. Pagi petang siang malam, setiap harinya.
 
Bukan berpunca siapa-siapa, tetapi terlaku dari ketidakbijakan diri sendiri.
 
[Skrew]

Wednesday, October 19, 2016

~ SENYUM ~

 
DIA asyik bercerita tentang suatu hal yang cukup menggembirakannya. Tentang hari indahnya, tentang senyum manisnya, tentang lenanya dan segala satu tentang itu.
 
Aku angguk-angguk, tanpa sedikit wujud rasa membantah. Mengerti, tapi dalam masa yang sama tidak mengerti.
 
Sesekali, aku aku mengiyakan dan menyetujuinya dengan senyum-senyum aku. Meski hanya itu, dia terlihat cukup gembira dengan reaksiku itu.
 
Dan, sekali lagi aku melihat betapa hal-hal kecil yang mampu menggembirakan orang lain tanpa kita sedari.
 
Kucing.
 
Ya, itulah topik perbualan yang dia bicarakan dengan penuh kesungguhan dan kebahagiaan kepada aku.
 
Meski pada mulanya aku tidak tahu bagaimana mahu menyambut dan menyelesakan diri dengan topik yang bertentangan denganku itu, akhirnya aku bersifat terbuka. Malah kerana senyum-senyum bahagianya itu, aku berusaha untuk tidak memintas rasa-rasa itu.
 
Dan, sehingga ke akhir perbualan yang menutup pertemuan, dia sedikitpun tidak tahu betapa topik itu terjauh aku. Malah tidak juga dia tahu bagaimana aku berusaha untuk menyetujui ceritanya meski tidak punya tahu tentang soal-soal itu.
 
Senyum, dan terlucu dengan diri sendiri.
 
[Sumpahan]

Tuesday, October 18, 2016

~ PETAK MERAH ~



URUSAN perkerjaan yang punya tarikh mati terkumpul setinggi KLCC, dan petak merah ajaib kamu tidak sihat dek segala jangkitan virus yang membuat kacau.
 
Ke hulu, hilir berulangan sehingga habis harinya. Namun kamu, tetaplah kamu wahai scorpio.
 
Dunia yang semakin sempit dengan segala satunya, dan kepedulian kamu yang semakin menipis.  Barangkali, satu petanda yang baik, atau mungkin juga tidak.
 
[Kotak ajaib]

Sunday, October 16, 2016

~ SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN ABANG ~



SELAMAT hari jadi abang. Semoga segala satu yang kita susun aturkan menjadi menjadi kenyataan. Terima kasih kerana abang sentiasa mahu menjadi pelindung kami baik ketika ayahanda masih ada sehinggalah ke saat ini, saat ayahanda telah jauhhhhhh dari kita semua. 

Aku tidak pernah berkecil hati untuk segala prinsip dan peraturan yang abang gariskan untuk kami, kerana aku tahu segala itu tumbuh dari kasih sayang abang.

Dan, hari ini buat pertama aku hanya mampu memberi ucapan meraikan 16 Oktober ini dari katil putih, rumah putih tanpa semuka. Apapun aku baik-baik sahaja, insya-Allah.

[Sayang kamu.]  

Friday, October 14, 2016

Thursday, October 13, 2016

Wednesday, October 12, 2016

~ SETIAKAWAN ~


TIBA-TIBA dikejutkan dengan satu rakaman perbualan yang diberikan seseorang. Sesuatu yang tidak pernah terfikir aku.

Apa perasaan kamu apabila seluruh isi kandungan rakaman itu berkait kamu. Dan, suara yang membuat tutur berselang gelak tawa di dalamnya itu adalah seorang manusia yang kamu taruhkan percaya yang banyak selama ini?

Seseorang yang kamu sentiasa menjaga aibnya dan tidak pernah mengalu-alukan atau membenarkan orang lain berkata tidak baik tentangnya atas dasar setiakawan.

Namun, dia melakukan yang sebaliknya di belakang kamu hari ini (semalam) atau mungkin juga hari-hari lainnya.   

Tsunami yang baru sahaja mahu reda, dan datang pula gelombang baru. Ranap tanpa sebarang harapan lagi.

[Patut-lah harga yang dia beri-kan hanya RM89..]

Monday, October 10, 2016

~ MENCARI TENANG ~


LELAH. Tidak terdaya kudrat yang sekerat ini untuk menampung segala satunya. Seperti mahu berehat panjang. Pergi ke suatu tempat yang jauh mencari tenang.

Semenjak kebelakangan ini, terlalu banyak aura negatif yang menguasai diri.

Ranap.

[Selirat]

Sunday, October 09, 2016

~ KUKILA ~












Kukila


KARYA: M. Aan Mansyur
 TERBITAN: PT Gramedia Pustaka Utama
 CETAKAN: Pertama (September 2012) & Kedua (November 2012)
 HALAMAN: 184
 HARGA: RM30.00

[Diam]

Wednesday, October 05, 2016

~ ENTAH ~


ENTAH apa mahu jadi. Semenjak akhir-akhir ini aku banyak melakukan hal-hal yang bukan aku. Begitu dan begini.

Jika semalam aku menyertai sesi bersama mereka yang jauh bertentangan hala tuju denganku, hari ini aku sekali lagi berbuat hal yang jauh menyimpang dari prinsip selalunya.

Biarpun pada awalnya aku menolak, namun pada akhirnya aku ada bersama mereka. Di luar urus dan lantai pekerjaan, namun di dalam waktu pekerjaan.

Hal-hal kiri.

[Selirat seratus]

Tuesday, October 04, 2016

Sunday, October 02, 2016

~ 1 MUHARRAM 1438H ~


SELAMAT tahun baru 1438H. Buku baru, semangat baru dan segalanya baru. Insya-Allah, semoga penghijrahan yang mampu memberi segala sesuatu yang memberikan manfaat kepada diri. Amin.

[1 Muharram detik per-mulaan..]

Saturday, October 01, 2016

~ HELLO OCTOBER ~


HELLO October... Semoga kamu baik-baik sahaja melayan aku sepanjang tempoh ini. Memberi aku senyum dalam nafas yang aman dan tenang. 

Segala yang nyaman-nyaman juga hendaknya.

Terima kasih untuk yang masih sudi dan mahu ada dalam har-hariku.

[Mudah2an juga tiada ulangan untok hal yang se-tahun lalu itu pada October ini]