Friday, September 09, 2016

~ DI DALAM KOTAK ~


AKU sebenarnya tidak mahu bercakap tentang ini. Langsung tidak mahu lagi menyebut. Agar mudah terlupakan hal-hal yang melukakan. Dan, ya kali ni tidak sama sebagaimana sebelumnya.

Namun hal hal ini sepertinya sudah terhidu rakan-rakan. Lalu beberapa hari ini, aku disua tanya-tanya serupa. Tanya-tanya yang sukar untuk dielak helahkan. 

"Masing2 buat tak tahu n buat xsedar kehadiran masing2.. apakah..,"
"Dah memang xperasan,"
"Menipu sgt xperasan.. sah2 laa nampak aku g singgah situ"
"Aghh.. Malas nak layan.."


"Ehh.. jom singgah kat kawan ko jap"
"Alaa next time laa.. nk cepat ni,"
"Aiiiiiiii... nk cepat g manaa?? sesuatu sgt. Adalaaa tuu.."

Cukuplah dengan segala satu kehuruharaan yang sedang dihadap aku. Cukup itu. 

Huhu.. kalaulah, yaaa kalaulaaaa.. kau masih ada mr legoman. Aku cukup pasti kau akan menyua dirimu siang malam pagi petang untuk mengadap kehuruharaanku. Malah, pada bila-bila masa putaran dua puluh empat jam itu, kamu sentiasa sudi ada untuk mendengar, meski tidak mampu menyelesai.

[Sudah di-kotak-kan]

4 comments:

Anonymous said...

bergaduh lagi kah kamu berdua?

jika teman yg kamu maksudkan itu ada dilantai aku...
pernah satu ketika dia tanya sama aku

"kenapa ya org yg suka menulis mcm awak ni payah sgt nak difahami"

lantas aku bilang...

"kenapa susah2 mahu faham... ikut dan biar dia berdiri dgn cara sendiri, nanti2 kamu fahamlah. utk faham tak semestinya kamu diberitahu"

aku yakin ayat aku itu pun dia pasti tak faham...


sfg

Ophe said...

Hehe
Aku dan teman di lantai kamu itu sentiasa baik2 saja. Apatah lg hanya dia sahabat yg aku punya di sini.. (Dan, yaa.. Aku juga yakin dia tidak memahami apa yg kamu tuturkan itu.. Hahaha..)

Yg benarnya, aku ini brdepan dgn masalah sndiri. Masalah utk berkomunikasi baik dgn org keliling, barangkali. Mana mungkin ada yg mudah memahami bhs senyapku. Sedang aku pula mengharap sebaliknya.

Justeru pd benarnya, yg tersalah itu aku sendiri. Maka pada akhirnya, aku memilih utk bercerita di sini... :)

Anonymous said...

biarkan sajalah
aku sendiri pun terlalu lali dgn tujahan SOMBONG
malas aku nak layan
mahu puaskan hati semua org?
mana bisa, kan?
maka sombong pun sombonglah
prinsip aku mudah...
mahu org senyum pd kita than kita kena senyum dulu
mahu org bicara dgn kita, kita kena bicara dulu
kalau tak mampu... diam jgn peduli org :D


sfg

Ophe said...

aku pun tidak mengambil pusing segala tentang itu.
beginilah aku dulu dan hari ini.

jika ramai yg tidak menyedari kewujudan aku,
itu adalah perkara biasa. namun jika ada yang mengatakan kenal aku,
ia adalah hal yang cukup luar biasa.

:)