Monday, August 08, 2016

~ POLIS SENTRI ~


BERPUSING-pusing aku menukar laluan dan mencari helah untuk tidak bertembung dengan seseorang, jumaat lalu. Ya, seseorang. Lagak seperti penjenayah yang melarikan diri agar tidak terjejak pihak berkuasa. Namun, kadang-kala semakin lari dan mengelak, semakin sering akan berkelibat. Seperti mana hari kelmarin itu.

Aku sendiri tidak tahu mengapa aku memilih untuk bertindak begitu. 

Barangkali kerana aku fikir adalah lebih baik masing-masing tidak berkelibat. Biar jadi tidak pernah kenal atau tidak pernah wujud dalam kehidupan masing-masing sebelum ini. Dan, ya.. aku menulis dalam keadaan akal yang waras dan bukan kerana terdorong dengan emosi atau kemarahan yang belum padam.

Cukup-cukuplah dengan ulangan babak bertahun. Segalanya sudah aku kotakkan dan segala sesuatu di telefon bimbit juga telah dipadamkan. Semogalah..

[Kejelekan sa-orang aku]

4 comments:

Anonymous said...

sabar...

well i may not know what's going on
but org yg kamu elak jika tahu kamu marah, sedih, benci
itulah yg dia mahu
mahu lihat aku jadi serba tak kena
lansgsungkan saja hidup kamu spt biasa
Allah ada...
anggap saja wujud manusia itu tiada
dan tidak beri apa2 kesan kpd kamu jika sekiranya ada...


sfg

Ophe said...

Yaa, barangkali begitu. Malah aku tahu ia sedikitpun tidak terpeduli.. cuma tanah badannya aku, begitulah. mnjadi tidak aman dan serba tidak kena bila mengadap hal-hal yg pecah. ermm

Apa barangkali mmg benar aku hanya memberat diri sendiri..

Anonymous said...

aku pun selalu kena ophie...
tp mcm itulah aku buat tak tau saja
malas sesakkan kepala


sfg

Ophe said...

barangkali kerana aku ini scorpio.. Yg punya itu2 sahaja.. paket2 limitasi.

Aman itu nyaman utk seluruhnya.. :)