Monday, August 22, 2016

~ GAME ~


TERHENYAK. Dan, aku sesungguhnya tidak pernah tahu aturan permainan ini. Aturan yang setiap harinya jadi beda.

Drama.

Lewat tengahari tadi, aku dihubungi seseorang dengan esak tangis di hujung talian. Dia menjadi 'mangsa' termahal permainan yang tidak pernah menunjukkan hujungnya ini. Diluahkan kemarahan yang bergunung-ganang kepadaku. Ya, tanpa sebab. Hanya kerana ingin meluahkan emosinya yang kecewa dan sakit hati (barangkali) kepada seseorang, antara pemain utama.

Aku hanya diam, tetapi menekuni jelas butir-butir bicaranya dalam esak tangis itu satu-satu. Sambil menghujungkan bicara dengan janji ingin menghirup secawan kopi dengannya. Atau yang sebenarnya untuk lebih jelas apakah yang sebenarnya terjadi kepadamya sehingga dia dirasuk emosi sedemikian rupa.

Dan, tidakkah dia juga tahu aku juga terseret dalam situasi serupa? Ranap dengan emosi. Cuma bezanya, aku tidak tahu untuk berkongsi tentang emosi itu. 

Apapun, semogalah Allah melapangkan hatinya.  Hidup ini ada bahagiannya masing-masing.

[Sa-moga kemarahan itu mampu mem-beri-kan dia sediket aman]

8 comments:

Anonymous said...

hati-hati dgn 'game' demikian walau daripada siapa pun
jgn nanti kamu terheret lebih dalam bersama dia
dengar... jika x mampu merungkai, cukup hanya dengar


sfg


ps: sebab itu ibu aku selalu pesan dalam masa tgh marah elak daripada meluah bicara... krn yg terhambur dek lidah adalah emosi yg dipermainkan oleh amarah

Ophe said...

Aku benar3 hilang kata, dan yg sebenarnya juga langsung tidak dpt membaca apatah lagi memahami apa sebenarnya drama yg sedang berputaran ini.

Dan, yaa.. aku memang sekadar mendengar biarpun berkeliling dgn segala kebisingan beriuh rendah. Sehingga ada yg sinis mengatakan, aku tidak membuat peduli kerana barangkali terkecuali.

Terkecuali? Ermm ok.

Tetapi insiden tengahari kelmarin itu benar2 membuat aku terbangak2. Cuba menyusun dan menafsir apakah gambar sebenar kepingan puzzle yg sedang ada ini..

Huhu

Anonymous said...

yg berlaku dilapang aku pun sama
terlalu beremosi sehingga gagal berfikir secara matang
habis semua org diheret sekali berdrama
puas diberi nasihat, tak guna kita ini terlalu beremosi
tak guna melayan emosi dgn emosi
tenang2 sajalah dulu
tapi tetap mahu beremosi akhirnya yang terjerat bkn hanya diri sendiri
habis yg turun sokong membakar emosi pun sama hangus sekali


rugi


sfg

Ophe said...

Drama kali ini plotnya lebih pelbagai. Berlebih biasa. Barangkali untuk sasar di acara anugerah kelak.

Anonymous said...

masih juga tak berubah? berdramalah kita... entah sampai bila


sfg

Ophe said...

Dan, awal pagi ini aku terseret lagi dalam babak yang tak termahukan.
kalau diturut emosi, mahu sahaja aku mengarang panjang di sini.
Tapi itulah... emosi xkan pernah membawa ke mana..

akhirnya, aku ke kuburan seorang teman..

Anonymous said...

biarkan saja ophie...
jgn diikut rentak mrk yg mahu berdrama
hidup ini drama tidak akan habis
esok celik mata hidup perlu terus juga
kalau perlu menjauh dr drama, sila jauhkan diri


sfg

Ophe said...

yeahh.. menyedari itu, aku tidak pernah berminat untuk mengambil tahu segala sesuatu yang ke arah itu. namun, kesenyapan itu pula ditafsir sebagai suatu yang bertentangan dengan kejujuran. Haihh..

apapun, terima kasih..