Sunday, August 07, 2016

~ BUAL ~


HARI ini aku memilih untuk menghabiskan masa bersama teman jiwa di satu ruang senyap, terjauh dari hingar bingar. Meninggalkan kebiasaan kami yang selalu.

Memilih untuk hanya berbual-bual. Dari jam pertama, jam kedua, ketiga, keempat, kelima dan sehinggallah ke matahari menutup hari.

Berbual, untuk menghilangkan rasa. Untuk melerai hal selirat. Untuk berasa aman. Ya, setelah hampir beberapa minggu ditekan dengan paket-paket yang melelahkan.

Hampir sahaja aku mahu menangis, hampir.

Terima kasih untuk rasa mengerti dan untuk tidak pernah jemu.

[Lelaki sepet selatan semenanjong tanah air]

4 comments:

Anonymous said...

untung juga ada yg luang masa mendengar
jadi aku... pulang hanya ada dinding

:)


sfg

Ophe said...

yg ada itu hanya terbilang jari.. Yg belum terjemu. Dan, semoga tuhan masih terus meminjamkan mereka ini..

Ahh.. Kamu itu berbahasa.. :p

Anonymous said...

eh betullah
aku bukan ckp kosong
mmg itu kenyataan
cuma ramai yg tak tahu...

aku pulang hanya ada dinding dan 3 ekor kucing


sfg

Ophe said...

Babak2 begitu sering juga mampu memberi senang. Aman pada suatu kesederhaan yg dlm pilihan...

kucing.. Huhu