Thursday, July 21, 2016

~ PERASAAN DI TEMPAT TERAKHIR ACARA LUMBA LARI ~




DAN, tiba juga pada giliranku. Berita yang tidak begitu mengejutkan, cuma mengelirukan. Dan, perasaanku hari ini umpama mendapat tempat terakhir dalam acara lumba lari. Begitupun, aku akur dengan aturan sebuah permainan yang aku sendiri tidak pernah tahu akan syarat dan cara permainannya.

Hidup.

Apapun, terima kasih buat sahabat yang sentiasa sudi memahami bahasa senyapku. 

[Entah apa rasa]

12 comments:

Anonymous said...

jgn cepat putus asa dgn perubahan yg dipaksa
12 tahun aku di lantai sama...
rasa segalanya lebih drp kamu
ditendang ke sana ke mari
cuba tanya si ketua siapa yg paling kerap
ditendang terajang kerana permainan manusia...
tanya yg di dalam bilik sekretariat sana...
Aku pasti nama aku akan terpacul
hingga satu saat tiba waktu aku berada di posisi hari ini,
ada yang berkata kpd aku... "sfg... Allah Maha Adil atas segala sabar dan korban kamu"

so jgn cepat putus asa dgn perubahan walaupun separuh mati kamu tidak suka akannya
Allah ada... in shaa Allah baik-baik saja...

sfg

Ophe said...

Ya, perubahan yg dipaksa.

entahlah sfg.. aku tidak tahu mahu memberikan reaksi yg bagaimana.
bukan tidak mahu menerima perubahan, namun aku orangnya yg tahu mengukur baju di badan sendiri.

aku bukan hanya ditukarkan bahagian, bahkan lantainya.

dan, ahhh.. ia telah membuat simpul seratus yang begitu selirat. sejak kemarin aku mengadap kopi sehingga tutup kedainya untuk mencari apa yg patut aku reaksikan.


Anonymous said...

tak apa...
aku ini telah rasa semuanya
ditendang terajang ke merata lantai
u name it...
bermula dr unit R&D kemudian ke magazine dan dlm beberapa tahun beralih ke pelbagai magazine. Kemudia ke R&D semula untuk handle Sinar Harian awal dahulu. Lansung ke unit buku prima... kemudian ke alaf hinggalah sekarang...

13x aku ditendang terajang bukan hanya 1-2x bukan juga di lantai yang sama... semua pertukaran itu 10x berlaku di antara lantai yang berbeza... bukan juga di kawasan yang sama... dari sini ke dasar cetak yang lama hingga ke seksyen 16. Dari tingkat satu turun naik tunggang langgang ke semua tingkat. Mana yang tak pernah aku duduk? Tanyalah yg kenal aku di lantai kamu...

itu lebih perit... sehingga ada masa aku ini en syamil jadikan perbandingan satu waktu dulu ttg berapa byk kali dipindah ke sana ke mari. Satu kerana tenaga aku diperlukan di sesatu tmpt, satu lagi bila sang kepala merasa aku bisa jadi ancaman kepadanya kerana aku seorg yg vocal bila berkenaan kerja dan etika... tak semua org yg suka jika ada yg cuba berdiri menegak benar

jadi, sabar... usaha kerana walaupun kita tahu kemampuan kita, kita juga perlu terima cabaran baru... terima apa yg berlaku Allah yg beri walau yg kita terima mungkin bkn yg baik2... mungkin Allah tahu kita org baik tapi Dia mahu kita jadi lebih baik. Allah tahu kita bekerja dgn elok, hasil kerja kita elok tapi Allah mahu kita belajar lagi utk jadi lebih elok... di mana kita di lontar... di situ yang harus kita tetapkan adalah APAKAH ILMU YANG BAKAL KITA PEROLEH DITEMPAT BARU...apa manfaatnya utk hidup kita akan dtg...

aku lebih tahu apa yg kamu rasa... jgn mengalah hanya kerana kita rasakan kita tidak mampu atau kita tidak suka, tidak serasi...aku kena lebih teruk daripada kbykan kamu... aku tolak tepi semuanya... dan aku bilang pd jiwa sendiri, if you reject me from this dept, i will show you i can do better in another dept and it will not make me any less valuble then who i really am... :)

lepas baca komen aku ini, letak tgn ke dada kamu, lapangkan jiwa tarik nafas, istighfar dan teruskan kerja baru :)


sfg

Ophe said...

Huhu...
Entahlah..bgaimana yaa... :(

Anonymous said...

kalau aku boleh
kamu pun mesti boleh juga
jgn dgr sgt cakap manusia keliling


:)


sfg

Ophe said...

Barangkali, aku ini terkurang jauh dr punya kamu.. Beda. Apapun, hidup perlu terus bukan...

Anonymous said...

jgn fikir mcm tu
kita ni kalau ada kurang pasti ada lebih di mana2
sama juga mcm aku...
terlihat kamu lebih tapi yg kurang
belum tentu tak berbilang

kita sama saja
mahu atau tidak
kita yg pilih

:)


sfg

Ophe said...

Selirat seratus. Dan, aku sendiri tidak tahu apa yg aku mahu putuskan..

Anonymous said...

maaf kalau aku tanya... ke mana kamu dihantar mereka?
aku ini kalau mampu ambil ramai yg dilantai sana, bantu apa yg patut
sdh lama aku buat tapi sedang aku minta tambahan 2 diberinya hanya 1
kerjanya bertambah 10...

yg aku terima ini pun aku beritahu awal2 di sini kerjanya lagi terbeban
lagi byk bertimpa tapi in shaa Allah aku akan bantu sama2 dgn yg lain
so far alhamdulillah walau kekok dia ok saja

yg beberapa lagi di bahagian lain ada yg terus mengaku kalah
tidak kira kita ini senior atau junior jika takdir memaksa kita perlu bertatih semula
cuba... jgn terus tak mahu bangun...

:)

sfg

Ophe said...

Huhu....
Kecenderungan terhadap hal yg satu itu membuatkan nama aku berada di dalam pilihan. Dan, barangkali kamu sendiri boleh mengagak ke mana halanya...

Anonymous said...

hahaha

aku adalah org paling gagal dalam bab mengagak urusan hidup org lain

really... tak terbit apa pun dlm kotak agak di kepala aku ini

ada masa gossip hebat yg berlaku di lantai kita ini pun boleh jadi akulah org paling akhir yg tahu...selepas semuanya no longer hot org kata hahaha


sfg

Ophe said...

Ermm.. Bukan itu yg aku maksudkan..