Monday, July 25, 2016

~ JADI SELAIN ~


SEPATAH ditanya, sepatah dijawab aku. Berterusan untuk sesi kurang lebih 30 minit itu. Puaslah mereka mengacah-acah dengan sederet tanya termasuk soal-soal santai berkenaan kehidupan harianku. 

Namun, aku tetaplah aku. Keras.  

"Dia memang senyap sikit, tak banyak cakap.." ujar sang kepala atas, memaklumkan kepada sang kepala dari lantai sana. Entah dari mana dia tahu pun aku tidak tahu kerana aku sendiri tidak pernah berurusan kerja secara langsung dengannnya.

Dan, terus sahaja aku mengendurkan kata. Meski ia benar, namun aku tidak begitu senang dimaklumkan begitu untuk mereka yang baru mengenaliku.

Pernah suatu ketika aku terfikir mahu menjadi orang lain dan hidup dalam kebisingan seperti mana banyak mereka. Yang aku anggap sebagai satu kelebihan. 

Namun sukarnya mengubah diri.

[Bosan]

12 comments:

Anonymous said...

i used to be like you
sampai semua yg kenal bilang aku si bisu
but sewaktu menjadi resident designer di sebuah hotel
aku dibentuk... dicanai utk belajar bercakap
pengalaman selepas itu juga byk membentuk
cuma hingga kini pun aku masih kekok
kalau diajak bual biasa masih juga canggung
unless apa yang serious berkaitan kerja

tidak salah menjadi selain diri
dan tidak juga salah untuk kekal begitu

sfg

Ophe said...

Entahlah.. Cuma kdg2 aku terasa spt marahkan diri sndiri kerana tidak punya kelebihan komunikasi sbagaimana rakan2 lain. Yg memudahkan segala, apatah lg berada di bidang pekerjaan begini.

Sesi 30 minit yg aku lalui dlm babak ini, barangkali terlalu membosankan dn jelasnya seperti seorang yg tidak tahu apa.. Haihh kebisuan yg semakin kronik..

Anonymous said...

jgn peningkan kepala utk jadi apa yg org lain mahu kita jadi
aku ini waktu mula di sini... even ketua paling atas sindir secara terus
"you're so anti-social... you need to change" depan semua org
hanya kerana aku tak berckp sgt, aku tak bergaul sgt, aku serious boleh kata 24/7 bg mereka... aku cuma bila, "i will mingle when necessary. i will talk when necessary. i will smile and laugh when necessary same as i do otherwise... when it's necessary to do so"... dah habis cerita...


sfg

Ophe said...

Ermmm... Yaa.. Itu juga yg aku lakukan. Bising aku hanya bersama team sendiri. Itupun kerana mereka sudah maklumi aku yg aman mnjadi diri sndiri.

Cuma barangkali.. Yaa kerana bidang pekerjaan ini berkeliling dgn segala sesuatu yg memerlukan kebisingan menjadikan org2 spt kamu mahupun aku jd terllalu canggung untuk yg lainnya.

Barangkali..

Anonymous said...

dalam islam pun mengajar kita jgn terlalu byk bercakap
kerana akhirnya yg banyak boleh pergi kepada yg lagha
jgn terlalu byk ketawa kerana byk ketawa menjurus lupa dan kelam jiwa
buat berpada-pada... cakap bila perlu
sekurangnya dosa lidah boleh kita bataskan

aku ini mmg byk terikut resmi si ayah, kalau 100% ikut aku cuma bercakap 3-4 patah perkataan sahaja sehari... alhamdulillah juga tercampur resmi si ibu yg byk cakapnya

:)

sfg

Ophe said...

Kamu itu lagi menang dari aku.. :p

Anonymous said...

menang apa? hahaha

menang sebab dapat sedikit resmi si ibu?

aku ini kalau kamu ajak berbual
bakal tak berhenti atas beberapa perkara:
1. kucing
2. buku (writing/poem)
3. arts
4. photography
5. travelling

the rest... nope... aku kaku...

eh! diam juga bahasa bukan?


sfg

Ophe said...

Alangkah baiknya jika kecenderungan kamu itu terkongsi sama mereka yg punyai rasa ingin tahu tentang yg tahu2 kamu ttg itu menerusi ruang2 baca ini.. :)

Dan, err dalam bahasa?

Anonymous said...

diam = i care less

hahaha bagi aku la

well... why don't we have a coffee one day
and talk the things we love to talk kalau ada yg sama
aku tak tahu siapa lg yg baca ruang kamu ini
pastinya mrk tak baca ruang aku di sana


aku selalu fikir...
wouldn't it be so nice to be able
duduk sesekali dgn mrk yg ada fikir yg sama

mungkinlah...
aku tak semestinya betul


sfg

Ophe said...

pelawaan yg tidak terjangkakan. :p
Dan, barangkali nnti perbualannya hanya dgn bahasa senyap?

Anonymous said...

don't worry...
bisu mcm mana pun aku
aku akan cari jalan cara bicara
supaya tak kaku...

jika mahu...
tiada paksa
kalau segan ajak saja mrk yg selesa
dtg sama...

aku mcm inilah
selalu sendiri saja


sfg

Ophe said...

:p