Tuesday, July 26, 2016

~ INTAI ~


TIDAK ada yang teralu peribadi yang aku kongsikan di media sosial milikku melainkan hal-hal cenderungku berkaitan bahan baca atau dunia bidik. Terlalu jarang aku kongsi yang selainnya.

Tiada yang menarik.

Justeru, ia mengundang penuh tanya kepadaku apabila ada di antara mereka yang secara senyap begitu mahu mengambil tahu. Malah cuba meninggalkan komen yang mengacah-acah tanda soal yang begitu banyak buatku.

Oh manusia...

[Marhaen]

15 comments:

Anonymous said...

moga itu bukan aku

kerana kalau ada tanya pun hanya di ruang ini

tiada jawab pun bagi aku tak mengapa


sfg

Ophe said...

Semestinya bukan kamu. Dan, semestinya Bukan mereka yg di ruang ini. Di sini aku banyak berkongsi cerita. Maksudku di media sosial lain spt di IG mahupun FB. Di sana aku mereka mengenal aku secara realitinya. Justeru, bila perkongsianku begitu terhad, maka ada yg mahu lebih..

Anonymous said...

haaa ok
aku ada semua yg kamu maksud tapi
aku selalu asingkan yg selantai daripada yang diluar sana
lama2 mereka pun dah bosan bertanya
mmg aku jenis buat tak tahu dgn apa yg org mahu tahu
lebih senang...


sfg

Ophe said...

Tidak ada yang bertanya secara terus kpd aku.. mereka ini sering mahu tahu tanpa tahu aku. saat tercuriga, aku padam saja apa yg aku kongsikan ketika itu. Bukan kerana merasa sesal dgn apa yg sudah aku kongsi, tetap sebagai isyarat protes rasa kurang senangku. Bahasa senyap yg pd akhirnya ada juga yg mengerti.. :)

Anonymous said...

manusia mmg ramai yg begitukan?
aku mengerti
kerana terbiasa di situasi yang sama
kenapa tidak bertanya terus sahaja?
kan mudah?
tapi begitulah manusia yg mudah disusahkan
yang susah makin dirumitkan


sfg

Ophe said...

Rumit apabila semua org mahu menjadi serba tahu, meski di luar lingkungan perlu mereka. Bukan semua, sebahagian barangkali. Mudah2an kamu atau aku tidak tergolong dlm yg sebahagian itu. Agar hidup terlangsung nyaman.

Anonymous said...

benar

mudahan kita bukan begitu

dan aku ini jika ingin tahu sgt
aku terus tanya
jika tiada kuat utk bertanya
aku diamkan saja
perhati dan diam
dunia lebih mudah begitu
atau mungkin dunia aku lebih mudah begitu
tidak terlalu ambil pusing


sfg

Ophe said...

aku jarang bertanya, kerana itu sering sesat jalan.. Barangkali.. :)

Seperti mana tidak aku tanyakan tentang cerita esok, tentang pembubaran kami..

Anonymous said...

terima sajalah ophie
kuasa bukan di tangan kita
aku pun tak terlarat utk ambil pusing
bukan kamu saja yg terlibat
kami ini apatah lagi


sfg

Ophe said...

Yaa.. Kefahaman itu sudah lama terpasak semenjak awal melangkah kaki ke lantai ini. Dan, yaa mocha dikedai kopi jugalah yg meraikan kefahaman...

Bermimpilah, kerana mimpi itu percuma.. :)

Anonymous said...

dalam mimpi pun adakala
dtg ngeri yg sama...
sering celik mata...
aku berangan aku diluar negara jelajah dunia

hahaha

sblm realiti tunjal kepala sendiri


sfg

Ophe said...

Dan, menulis segala sesuatu yg terbidik mata dan rasa.. :)

Realiti esok, dan yaa.. Kerana esok bukan kita punya..

Anonymous said...

12 tahun di lantai ini
skripnya adalah skrip yg sama
sampai aku bisa hafal

apa lagi yg baru?
12 tahun...
aku senyum saja


sfg

Ophe said...

Tutur serupa yg diucap seorang teman kurang minit yg lalu. Skripnya.. :)
Hari ini semua mereka memilih utk bicara ttg itu. Sedang aku memilih utk bicara senyap di sini.

:)

Anonymous said...

...dan aku selalu percaya
maju dan jaya satu kuasa atas
didokong oleh kuasa doa kecil mereka yg di bawah
jika atas lupakan bawah
mana bisa yg atas kekal tegak berdiri


sfg