Wednesday, June 29, 2016

~ RAMADAN DUA PULUH EMPAT ~


MINGGU terakhir Ramadan. Menopang dagu. 

Insya-Allah, esok atau lusa aku akan pulang mengisi hujung Ramadan bersama ibu dan jika ada umur yang panjang meraikan Aidilfitri nun di pantai timur semenanjung tanah air. Lebih awal dari kebiasaan selalu.

Semoga ada kesempatan untuk untuk bertentang mata, meleraikan khilaf yang tergunung. Terhanya untuk hujung Ramadan yang masih berbaki.

[Kesempatan yang ber-baki]

2 comments:

sfg said...

Salam Aidilfitri untuk kamu, Ophie
Semoga selamat sampai ke destinasi nanti
Semoga semuanya baik-baik sahaja

Maaf jika ada terkasar bahasa ketika kita berkomunikasi di sini

Ophe said...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat kamu juga sfg. Terima kasih untuk segala yang semoga itu.. :) Turut mendoakan kamu hal yang serupa. Mudah-mudahan Syawal ini memberi seribu keberkatan untuk kamu dan keluarga.

Ribuan maaf juga andai ada rasa kurang yang terbit atas tutur2 kecil aku sepanjang bersapa dengan kamu di sini, atau barangkali juga pendapat atau pandangan yang tidak tepat yang menyentuhi sensitivi kamu.. mohon dimaafkan segala yang terkhilaf itu.

Terima kasih atas suatu yg dinamakan ingatan.. :)