Tuesday, May 31, 2016

~ DIDENGAR-DENGAR ~


TERKENANG. Mr legoman menyapa-nyapa dalam ingatan. Teman yang sentiasa sudi mendengar aku. Meski saat kegilaanku mahupun pada kecamuk rasaku.

Dan, saat ini aku cukup mengharapkan agar didengar-dengar. Tapi dia tiada.

Alfatihah.

[Tanah per-kuboran Taman Ehsan, Kepong]

Sunday, May 29, 2016

~ KEKOK ~


AKU sebenarnya seorang  begitu sederhana dan kadang-kala boleh menjadi terlalu sederhana. Dalam apa juga.

Justeru, apabila ada yang cuba melayan aku berlebihan 'manisnya', aku menjadi sedikit kurang selesa. Malah dalam masa yang mewujudkan rasa serba-salah apabila aku tidak dapat berbuat hal serupa kepada si pelaku sebagai balasan. 

Ya, aku bukan orangnya yang tahu berperilaku terlalu manis untuk itu dan ini. Aku bukan orangnya. Dengan lelaki sepet itu juga kekok untuk aku lakukan, apatah lagi dengan orang lain.

Lalu, bila semenjak kebelakangan ini ada yang melayan aku dengan cara yang begitu, aku menjadi tidak begitu selesa. Menjadi serba tidak kena. Terima kasih untuk rasa-rasa yang manis itu, tetapi mungkin ia lebih bermakna jika ia hanya dalam laku-laku yang sederhana.

[Memadai]

Saturday, May 28, 2016

~ SEJARAH UMAT ISLAM ~








Sejarah Umat Islam

TERBITAN: PTS Publishing House
CETAKAN: Pertama (2016)
HALAMAN: 1016
HARGA: RM35.00

[Hadami]

Thursday, May 26, 2016

~ HADAP ~


LELAKI sepet ini seorang yang memahami. Ya, memahami kejelikan dan segala yang kurangnya aku sejak sekiannya. Dia memahami. Cuma beberapa hari ini dia memilih untuk tidak mahu memahami, dan untuk hal yang terpaling kecil.

Simpul keras.

[Senyap]

Wednesday, May 25, 2016

~ SENAFAS ~


MEMENUH rutin biasa saban tahun kala Ramadan dan Syawal menjelang, aku berkejaran dengan urus pekerjaan yang senafas semuanya. Tidak berdepan pilihan, kami perlu menyudahkan kerja-kerja yang punya tarikh mati ini setepat kiraannya.

Justeru, atas kesibukan itu aku benar-benar tidak punya masa tersenggang untuk mengisi rutin dengan hal-hal selainnya. Pagi petang, siang malam. Malah Sabtu dan Ahad juga berada di lantai pekerjaan untuk tujuan itu.

Bagaimanapun, bukan semua dapat menerima apabila kesibukan kerja yang dijadikan alasan. 

Dan, yaa.. bosan.

[Se-tinggi KLCC]

Tuesday, May 24, 2016

~ KISAH KLASIK ~


AKU dan sahabat yang ini bermula kenal dengan sua dan sapa yang asing dan barangkali dingin juga. Justeru, meski beberapa kali tersua dengan kesempatan, kami tidak pernah berlebih bual selain urus keperluan.

Hanya sekitar Julai tahun lalu, kami bertemu kesempatan untuk di satu ruang dengan sengaja atas aturan seorang teman lainnya. Kesempatan terbagi memberikan ruang untuk kami bercerita tentang dunia.

Dan, kami kini tanpa sedar menjadi dekat atas kesamaan fikiran dan kecenderungan yang serupa kala melihat sesuatu. Semudah itu. Manis.

[Klasik]  

Monday, May 23, 2016

~ SURAT DAN CERITA ~


SURAT-SURAT hati. Yang isinya bahagia, marah, luka, ingin tahu, kecewa, lucu, soal tanya dan segala satunya. Isi-isi yang dipinjamkan tatap dari himpunan surat-surat lama yang tersatu dalam memori dulu seseorang. Memori lebih sepuluh tahun dahulu.

Umpama membaca buku cerita, aku menekuni tiap satunya. Terhadam baik sepertinya mengerti isi-isi yang terbawa. Meski tidak aku kenal si penulis yang tersatu dengan pelbagai rasa itu, namun cerita yang dibawa itu terpapar jelas umpama menonton kisah di layar lebar dek tulisnya terjelas tulisan hati.

Resam, dan yaa.. benarlah manusia sering sahaja terkabur matanya untuk sesuatu yang telah dipunya. Mengejar sesuatu yang tidak terkejar meski tahu dirinya juga dikejar-kejar. Barangkali, mengejar itu lebih memberi keseronokan rasa. Ya, barangkali.

Untuk kamu-kamu yang punya keberuntungan diri, hargailah apa adanya terpunya kamu. Soal hati, usah dimain luka. 

Surat-surat hati itu banyak sekali meminjam ceritanya.

[Belajar juga tentang se-suatu..]

Sunday, May 22, 2016

~ KEGILAAN ~


BIASA. Aku hanyalah seorang yang biasa-biasa dan sering dekat dengan kebiasaan yang biasa-biasa juga. 

Kegilaan.

Sering juga, saat bersama dengan mereka yang punya adrenalin gila yang penuh mahu mengheret aku untuk kegilaan sama yang dipunya.

Dan, yaa.. hari ini  aku menurut suatu hal kegilaan yang di luar hal-hal biasaku.

Cancerian x Taurus.

Paket-paket yang bukan aku seringnya menjadi 'mahu' mereka yang berkeliling aku. Ya, seringnya. Lucu, dan sesekali memberi manis.

[Cake Sense dan Jalan Ampang]

Saturday, May 21, 2016

~ TIDAK ADA NEW YORK HARI INI ~





Tidak Ada New York Hari Ini

KARYA: M Aan Mansyur
TERBITAN: Dubook Indo
CETAKAN: Pertama (Mei 2016)
HALAMAN: 118
HARGA: RM30.00

[Juga tidak ada kuala lumpur hari ini..]

Friday, May 20, 2016

~ TERPALING MANIS YANG MENURUT AKU ~


DARI dalam hati. Paling benar, apa yang terlaku itu lahir dari dalam hati yang mahu dan bukan kerana terdorong akan apa-apa atau siapa-siapa. Justeru, meski ia sampai terlihat olehnya yang tertuju, aku masih dengan ketetapan yang sama.

Hari ini, seseorang yang merasa 'terhutang'  itu telah menulis sesuatu yang terbaca cukup manis buat aku di laman sosial medianya. Halnya terlalu kecil untuk disebut bilang, justeru terasa tidak terlayak  dan mengundang merah padam di wajah sahaja. 

Apapun, terima kasih kerana rasa-rasa yang positif itu.. Juga kerana melihat dan menilai aku dengan persepsi yang menurut kamu itu. Semogalah kita ini sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Sedar akan tingginya langit, malah jelas akan bedanya matahari juga bintangnya.

[Merah..]

Thursday, May 19, 2016

Wednesday, May 18, 2016

~ SURAT TERBUKA ~


TULIS, padam... tulis, padam, dan tulis lagi. Sehingga awal pagi. Aku menulis kemarahan yang tidak mampu didengarkan dengan tutur. Dan, yaaa terlalu selalu untuk seorang aku. 

Marah kerana kekhilafan diri sendiri, dan marah kerana terhukum untuk sesuatu yang terlalu berlebihan tanpa ada kewajaran. Bertubi-tubi peluru yang deras membuat tembus tepat terus ke jantung.

Aku ini siapa? Dan, kamu itu juga siapa? Apakah sesi sebentar tadi itu berlangsung atas suatu nafas kewajaran?  

Dan, yaaa.. kamu itu terlalu selalu mengacah waras akalku.

Lalu, seribuan kata aku susun untuk sekeping surat terbuka buat kamu. Surat yang pada awalnya hanya untuk menjinakkan kemarahanku dan semestinya untuk tatap aku sahaja, tetapi akhirnya terluncur pada kamu.

Semogalah isinya dihadam dengan akal yang waras, hati yang berfungsi.

[Lidah yang sentiasa mampu sahaja untuk menghunus aman..]

Tuesday, May 17, 2016

Monday, May 16, 2016

~ ACAH YANG KETERLALUAN ~


KUDRAT. Dan, setelah lama tidak berkeadaan begini, beberapa hari ini tubuh sudah membuat rajuk. Kepala dan segala isinya membuat acah yang keterlaluan kali ini sehingga aku terlantar semenjak sabtu lalu dan hari ini pula kudrat tidak mengiznkan untuk aku ke lantai pekerjaan hari ini.

Hanya kerana secawan kopi.

Semoga tidak ada khabar lain yang lebih dari sepatutnya yang aku sudah tahu. Mudah-mudahan diizinkan untuk  terus dalam nafas kesejahteraan. Semogalah...

[Kimia dan tuboh..]

Sunday, May 15, 2016

~ KING LEAR ~







King Lear

 KARYA: William Shakespeare
 TERBITAN: Rupa Classic
 CETAKAN: Pertama (2003)
 HALAMAN: 174
 HARGA: Rs.80

[Klasik]

Saturday, May 14, 2016

~ TAURUS DAN ULANGTAHUN ~


SELAMAT hari ulang tahun kelahiran wahai sahabat Mei. Semoga segalanya yang manis dan baik-baik terizin buat kamu. Dan, pada tarikh yang mula kamu menjadi kesayangan kepada ibu ayah dan mereka yang berkeliling ini, aku doakan agar esok lusanya dan hari mendatang, kamu itu tetap menjadi kesayangan.

Seawal kenal dan sehingga hari ini, aku sentiasa mahu kamu itu terjaga hati dengan sebaiknya. Kerana aku tahu, cerita-cerita lalu kamu itu sudah banyak yang membuat robek. Mungkin kerana itu aku sering terlihat melebih kamu, namun kamu juga perlu menjaga hati dan dirimu sendiri dengan sebaiknya.

Doa kesejahteraan buat kamu Taurus! Dan, kami semua sentiasa sayangkan kamu dengan apa adanya kamu.

Selamat Hari Jadi..

[Empat belas lima]

Friday, May 13, 2016

~ BERAT ~


PERGI. Setelah beberapa tahun bersama dalam satu pasukan, hari ini kami terpaksa melepaskan seorang rakan yang baru sahaja dipindahkan bahagian lain. Sebagaimana yang pernah aku kongsikan di sini menerusi enrti yang lepas, pertukaran kali ini sangat-sangat memberi kesan kepada kami seluruhnya kerana ia melibatkan nama-nama yang tidak pernah terfikirkan kami.

Dan, hari ini nama itu perlu mengucapkan selamat tinggaa kepada pasukan yang bertahun telah dicurahkan khidmat kudratnya. Berat hati.. Masing-masing, dia dan juga kami.

Biarpun awal pagi tadi sudah ada sesi ucap selamat pergi, seusai habis waktu pekerjaan, aku dan beberapa teman sekali lagi membuat sesi atas tujuan yang sama di lar lantai pekerjaan. Lebih intim, lebih emosi dan lebih telusnya.

Permainan yang merebahkan hati. Dan, soal menusiaan yang semakin hanyut dek rakus pada keinginan yang mendunia. Semoga mereka itu, dibukakan hati kelak.

[Permainan..]

Thursday, May 12, 2016

~ PESTA BUKU ANTARBANGSA 2016 ~


SEMENJAK zaman belajar sehingga sehingga sekarang ini, aku tidak pernah gagal untuk hadir ke Pesta Buku yang menjadi acara wajib setiap tahun. Sesi yang semestinya ada dalam kalendar tahunanku.

Namun tahun ini buat pertama kalinya, aku tidak membuat jengah. Perpindahan lokasinya dari yang asal ke beberapa kilometer arah selatan itu tidak begitu memberi ruang untuk aku mengisi bingit dalam timbunan bahan baca kali ini.

Kalaulah... kalaulah, lokasinya kembali ke asal.

Aku kira pihak penganjur lebih tahu akan kesesuaian dan ketepatan perlu untuk acara yang saban tahun menjadi acara besar terjuara ini.

[Buku puisi klasik..]

Wednesday, May 11, 2016

~ TANPA SEBAB ~


MOOD yang sukar diduga-duga. Marah-marah.. Bernada sinis. Marah-marah. Menutur keras. Sinis. Meninggi suara. Marah-marah.. 

Kadang-kala tanpa sebab, bila-bila masa dimahu seperti mana beberapa hari ini.

Itu kamu. Yaa, kamu.. Dan, aku menerima seadanya kamu semenjak bertahun lalu.

[Ter-lalu selalu]

Tuesday, May 10, 2016

~ MASIH RANGGA ~

MASIH Rangga. Geleng kepala dan sahabat-sahabat yang perhati. Apa sahajalah. Sekurang-kurangnya ada sesuatu tentang aku yang dikenang mereka. Sesuatu yang membawa ingat mereka kepada aku.

[Ingatan yang ter-bagi..]

Monday, May 09, 2016

~ REBAH ~


SEPATUTNYA kami duduk sama-sama meraikan hari ibu. Itu rancangan asal yang kemudiannya tertunda kerana urusan pekerjaannya di bumi kenyalang.

Justeru aku dan si anak, mengisi ruang tertunda itu dengan mengadap layar lebar. Tanpa sedikit tanda resah gelisah. Namun beberapa jam tadi saat menghala unta hitam ke rumah, aku kembali dihubungi si anak memberi tahu dia dalam perjalanan ke rumah putih.

Si ibu yang baru tiba rebah tidak sedarkan diri. 

Lalu aku terus ke sana. Sepertiga malam meneman tangis dan gelisah si anak. Kencang degup jantungku membuat hitung. Auntie phia. Semoga Tuhan memberi izin sembuhmu. Sungguh-sungguh aku pohonkan itu.

Rabak, dan lima belas jam.

[Selirat seratos..]

Sunday, May 08, 2016

~ SELAMAT HARI IBU ~


IBU. 
Dan, seribu satu rasa. Tanpa kata. 

[Kaseh yang setiap hari-nya tumboh lagi dan lagi..]

Saturday, May 07, 2016

~ MEMOIR ZURINAH HASSAN: MENJEJAK PUISI ~






Memoir Zurinah Hassan: Menjejak Puisi

TERBITAN: UKM Press
CETAKAN: Pertama (2003), Kedua (2005) & Ketiga (2015)
HALAMAN: 235
HARGA: RM30

[Jagat semesta]

Friday, May 06, 2016

~ UMPAMA PAKET SENGAJA ~




SEKALI lagi. Seperti paket-paket yang ditulis sengaja, Mei sekali lagi menemukan aku dengan sahabat dekat yang telah lama hilang.  Sahabat yang terjauh kerana kelangsungan hidup masing-masing yang menghambat sua.

Sesekali kami hanya bertanya khabar di telefon bimbit, namun sedikit pun tidak bertemu kesempatan untuk membuat sua, apatah lagi untuk duduk menghirup secawan mocha. Sementelah dia kini tidak lagi di hiruk pikuk kota ini.

Di tengah bingit manusia, kami berpelukan dan dan teruja bertanya khabar. Kegembiraan terbagi umpama menjadi juara acara lari. Dan, dalam senyum dan gelak tawa itu dia menyua tanya tentang arwah mr legoman. Yaa.. pemergian mr legoman yang sampai ke pengetahuannya hanya menerusi dada akhbar. Dan, yaa.. kami buat pertama kalinya membicarakan tentang kehilangan itu setelah berulang tahun.

Apapun, terima kasih Mei yang indah. Satu demi satu mereka yang pernah hilang dihantar kembali kepadaku. 

[Terima kaseh atas bagi-nya..]

Thursday, May 05, 2016

Wednesday, May 04, 2016

~ DI CERMIN ~


GEMUK. Ya, sesuatu yang jarang sekali aku membuat peduli sehinggalah hari ini. Bukan kerana ada yang menegur acah, tetapi aku sendiri yang mula merasa lain hanya kerana itu.

Peduli?
Sebelumnya tidak, tetapi hari ini, ya.

Makan, tidur, makan, makan, tidur, makan tidur, makan. Dan, protes untuk hal-hal  yang mengusutkan aku lewat beberapa minggu ini.

[Tidor, lagi...] 

Tuesday, May 03, 2016

~ SIMPAN ~


MANIS. Bertemu teman lama yang telah beberapa tahun tidak bertemu muka. Disapa senyap aku yang bagai selalu tidak pernah begitu peduli pada yang berkeliling saat membuat ramai.

Gadis tionghua ini masih seperti yang aku kenal dulu. 

Lalu kami berluangan seketika waktu biarpun saat itu dia terhambat dengan urusan yang mengikat. Saat mahu membuat hujung pada sesi yang tidak tersengaja itu, sempat dia membuat janji untuk menghubungiku kembali dan membuat janji temu lain yang lebih panjang.

"Nombor lama kann..."
"Yup... tapi masih simpan ker?"
"Heyy.. mestilah.. 013******1 kann.. 
"Uikss.."
"Hahahaa.. i simpan dalam kepala okayy.."

Aku membalasnya dengan senyum sambil menggelengkan kepala. Dalam masa yang sama mengintai-ngintai senarai nombor dalam telefon bimbit, apa masih ada nombornya disimpan..

Semoga Mei terus memberi manis.

[Hujong ke hujong, dan rezeki untok ber-temu kembali]

Monday, May 02, 2016

~ DEALOVA ~




DEALOVA
by once

Aku ingin menjadi mimpi indah 
Dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu 
Yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh 
Tanpa dirimu
Oh karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu 
Yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku 
Selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi
Dan sepi

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada
Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Selalu ada, kau selalu ada
Selalu ada, kau selalu ada

[Seperti udara yang ku-hela, kau selalu ada..]

Sunday, May 01, 2016

~ MEMBUAT AMAN ~


MEI satu. Semoga tidak mengulang cerita april yang penuh haru biru. Semoga hari-hari yang ada tidak menumbuh sebarang rasa kebencian biar atas apa juga alasan yang terpunca. Mudah-mudahan Allah setuju.

Entah kenapa, mula Mei ini menumbuh kembali rasa ingin aku kepada kebiasaan-kebiasaan lalu yang pernah terhenti. Lama terhenti. Lalu diselongkar kembali gobok lama untuk menilik kembali isinya. Apa masih sempurna jika aku kembali mahu bertemankan dia.

Lensa, dan fotografi. Suatu yang lama telah aku tinggalkan.

Dan, mula Mei ada rasa yang kembali membuat gerak agar aku kembali kepada itu. Kembali menikmati rasa aman dengan bidik-bidik random yang seringnya memberi bahagia sejak dulu.

Keinginan yang pernah turut dirai-rai arwah mr legoman yang paling mengerti. Malah pada hujung hayatnya, kami asyik berteman lensa ke sana ke mari membidik. Malah pernah satu ketika kami mengharungi hiruk pikuk kota hujung ke hujung untuk membidik. Hal yang paling manis dari sahabat ini. Meski ia bukanlah kecenderungan terdekatnya, namun dia sudi untuk aku. Untuk karenah aku.

Lensa, dan fotografi. Semoga mampu memberi sedikit aman pada kacau yang ada.

[Dan, teman jiwa tidak pernah sealiran tentang ini...]