Wednesday, April 27, 2016

~ TERHENYAK ~


TIBA pada ketikanya tanda tanya terungkai. Awal pagi kami sudah mengadap sang kepala paling atas. Resahnya umpama menunggu hukum dijatuh. Bunyi jantung juga seperti mampu terkira manusia di sebelah. Keras, lebih dari yang selalu biasa.

Dan, setelah dijelaskan kebenaran yang ditunggu, kejutan terberi. Benarlah... pemain-pemain lainnya terlalu hebat sehingga tidak terkejar kami-kami ini yang dari kalangan kebanyakan. Sama sekali aku dan rakan-rakan lainnya juga tidak tersampai fikir pada berita yang didengarkan kepada kami siang hari tadi. Jauh tersasar daripada apa yang kami teka-tekakan. Jauh!!!

Tiga. Bukan kerana nombornya, tetapi kerana yang menjadi pilihan dalam tiga itu. Aku sendiri kurang mengerti atas dasar apa perkiraan dibuat. Pertimbangan yang bagaimana? Dan, kerasnya kejutan ini mendahulu segala yang pernah kami hadap sebelumnya.

Terhenyak.

Namun pada duduk kebanyakan yang tiada apa pun kepentingan, mahu atau tidak tanpa bertemu pilihan, kami perlu hadap. Meski dengan berat hati dan sakit hati. Hidup ini ada bahagiannya masing-masing, dan aku tetap percayakan itu. 

Tuhan itu maha melihat.

[Game]

No comments: