Friday, April 22, 2016

~ SEKALI LAGI ~


DAN, sekali lagi. Hari ini kami dimaklumkan sang kepala team yang dipunya kami ini sekali lagi bakal diperbaharui. Tidak perlu disoal tanya kerana jawapannya dalam bentuk soal tanya juga.

Justeru hadap.

Meski cuba membuat aman-aman segala, ternyata ia tidak mudah sebagaimana sebelum yang terdahulu. Manakan tidak, kali ini tiga dari kami sekaligus akan dibawa keluar untuk alasan yang serupa semenjak aku menjadi pemula di lantai ini.

Lagi hadap.

Gosip dan spekulasi bertebaran meriang ke sana sini dalam pelbagai versinya. Namun di sebalik itu, aku merasa menjadi salah satu dari tiga yang dicubakan itu. 

Dengan mahu? Aku sendiri kurang pasti.

Paling benar, bukan aku gentarkan cabaran tersedia selainnya. Cuma jelas dengan pemain-pemain di sini yang ternyata hebat dengan percaturan mereka. 

Sedang aku, mahu hidup aman.

[Debar dengan segala acahan]

No comments: