Sunday, April 03, 2016

~ REDHA ~


REDHA Memilih tema yang berbeza daripada senarai filem tempatan sedia ada. Autism. Dan, jauh dari sogok tema hiburan kosong yang menjadi lambakan di pawagam ketika ini.

Apabila membicarakan tentang austim, sememangnya diakui tidak ramai masyarakat kita yang mengetahui secara lebih mendalam mengenainya. Malah, terdapat segelintir masyarakat yang sering memberi persepsi yang buruk terhadap individu serta keluarga yang berhadapan dengan masalah autism ini.

Justeru, Redha cuba menarik kita untuk menyelami mereka yang berad di frame itu. Bukan bertujuan untuk memancing emosi penonton semata-mata, tetapi aku kira ia lebih kepada mahu memberi gambaran sebenar kepada masyarakat tentang apa yang dilalui oleh anak-anak autism dan ibu bapa atau penjaga mereka. 

Banyak mesej-mesej padu yang disampaikan menerusi babak-babak yang disusun dengan begitu menarik sepanjang filem ini. Ia bukan sekadar tentang autism tetapi adalah tentang kekeluargaan, tentang masyarakat dan tentang kita semua.

‘Redha’ mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri, Alina dan Razlan yang menjadi terumbang-ambing dalam menghadapi realiti perjuangan sebenar untuk membesarkan seorang anak istimewa selepas mendapati bahawa zuriat mereka, Danial menghidap autism.

Ketidaksanggupan Razlan untuk menerima kebenaran menyebabkan kedinginan dalam keluarga, tetapi ketabahan Alina dan naluri seorang ibu membantu mereka dalam melalui detik yang sukar untuk membesarkan Danial. 

[Bulan Ksedaran Autism, dan april.]

No comments: