Friday, April 08, 2016

~ PADA SETENGAH AKU ~


BERTENTANG. Aku pada sesetengah orang, mungkin adalah manusia yang senyap, pasif dan segala satu yang tentangnya.

Aku pada setengah aku, mungkin adalah manusia yang bertentang dan membuat bingit dengan caraku sendiri. Kerana kesenyapan itu barangkali, aku sering mencari sesuatu yang mampu membisingkan aku.

Semenjak zaman persekolahan lagi, aku cukup gemar mengumpulkan segala macam komik/kartun sebagai bahan baca. Koleksinya menggunung, dan mampu membunuh kala bertimpa. Ruang yang semakin mengecil. 

Namun, aku masih menambah-nambah galak. Yaa, sehingga hari ini.

Dua hari lalu, seseorang yang tidak dikenali menjejak aku untuk mendapatkan segala bahan koleksi itu (ada di antaranya yang telah menginjak usia 15 tahun atau lebih). Entah bagaimana dia mampu menghidu aku dan harta itu. Diletak pelbagai harga untuk tujuan itu. 

Aku masih diam. Barangkali diusik resah kalau-kalau aku terus diam tanpa yang bertentang-tentang itu.

[Koleksi]

No comments: