Tuesday, April 05, 2016

~ HUJUNG KE HUJUNG DAN LANGIT TUMPAH ~


ISNIN yang cukup memenatkan. Pada sebelah paginya, terhambat dengan urus pekerjaan yang begitu bersusun tangga. Sementelah tengaharinya pula membuat urus si unta hitam yang kini semakin kerap membuat rajuk. Hujung ke hujung tidak tersedar jaraknya. Sementelah langit tumpah yang membuat sesak yang bukan sedikit.

Kalau diikutkan kudrat, barangkali cukup hanya setakat itu yang mampu. Namun dek kerana janji yang sudah aku tutur untuk membantu sahabat dekat yang seorang ini mencari apa yang dimahu, aku cuba juga mencuri ruang yang ada dan menggagahkan diri. Sekali lagi, hujung ke hujung. Mujur sahaja pada akhirnya, rezeki menyebelahi setelah mencuba di beberapa lokasi.

Dan, akhirnya aku menutup hari dengan bersandar menghirup secawan mocha di kedai kopi ampang, sedang sahabat mei pula di kedai kopi jalan ampang. Kudrat yang hanya cukup untuk itu. Terhanya.  

[Energi.. dan kopi dan langit merah]

No comments: